Sabtu, 5 Januari 2019

Mandi Manda di Kolam Marine A.R.M, Rembau

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cuti Thaipusam baru2 ini ctie dng family dh buat perancangan nak pergi mandi manda dekat Kolam Mandi Marine A.R.M, terletak di Kg. Kendong, Rembau, Negeri Sembilan. Kampung en.suami😜 kalau dari pekan Rembau nak ke sini dekat aje, lebih kurang dlm 15 minit perjalanan. Ikutkan kolam ni sudah lama beroperasi sejak tahun 2013 lagi, cuma tiada pendedahan mengenai kolam ini. Alhamdulillah..Ctie di beri kesempatan utk mengulas mengenai kolam ini pada umum. Kalau ditanya mengenai kolam ini ctie boleh katakan kolam terbaik & sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur. Suasana yg sejuk..sbb kolam ni terletak betul2 dia atas bukit ye. Dan air yang di salurkan ke dlm kolam ini juga merupakan air bukit ye..tiada klorin..bak kata air fresh yg betul2 dr sumber alam semula jadi. Airnya yg cukup sejuk..belum mandi, culupkan kaki sahaja dah terasa sejuk...mengigil oii...
Sebenarnya Ctie & En.suami sendiri tidak tahu akan kewujudan kolam mandi ni. Hahha..jng gelak. Pelikkan org Negeri Sembilan sendiri ramai juga yang tak tahu kewujudan kolam ni. Yang membuat ctie dan family nak mandi di sini adalah kerana ctie menonton 1 rancangan tv yg di tayangkan di TV3 , nama rancangan tv tu "Aroma Tradisi"  dimana pengacara rancangan tersebut ada mandi & menyebut nama kolam ini. Jadi secara automatic ctie trus WA adik ctie yg menetap di Rembau, menurut adik Ctie dia memang tahu pasal kolam mandi ARM cuma dia pun tak pernah pergi & dia tahu tempat nya. Apa lagi Ctie dng family buat perancangan untuk cuti Thaipusam yg jatuh pd 31 January 2018 (Hari Rabu) utk datang & mandi manda di sana. 

Tu dia landmark kolam


Kami baru sampai, anak2 dah tak sabar nak mandi

Sebelum bertolak ctie sekeluarga berkumpul dekat rumah adik. Kami dah siap sedia masak utk bekalan makanan di sana nanti. Yelah dah mandi 'of course' lah lapar kan??Perjalanan nak kesini tak susah pun. Sbb dr jalan besar nak masuk ke dalam agak dekat dan jalan alhamdulillah cantik aja...jalan kampung. Untuk sampai di kolam ini..kita agak mendaki sedikit ke atas..kereta boleh naik..ada tempat parking yg pihak pengurusan kolam sediakan. Bila dah sampai sana...Ya Allah damainya..dng cuaca yg nyaman..lupa sekejap hal2 di bandar. Untuk mandi ada bayaran yang perlu di bayar..sekarang mana ada yg free ok😜. Bayaran tak mahal dan masih mampu lagi. Tak da la semahal macam nak mandi Wet World. 

ALAMAT : 
Kolam Mandi Marine ARM 
Kg Sri Kendong,
71350 Rembau, Negeri Sembilan
Tel & Faxs : 06-438 1013
Email : pelurus_arm@yahoo.com

Hari & Waktu operasi Kolam Mandi Marine ARM :
SABTU, AHAD & PUBLIC HOLIDAY Sahaja
Masa Operasi : 9.00 pagi HINGGA 11.00 malam

Bayaran dikenakan untuk :
DEWASA : RM7.00
KANAK-KANAK (1 THN - 12 THN) : RM5.00
KANAK-KANAK (Bawah 1 Tahun) : Free

Ada juga perkhidmatan menyewa Jeket Keselamatan & Surf Board 
JEKET KESELAMATAN : RM7.00
SURF BOARD : RM5.00

Bagi ctie bayaran di kenakan berpatutan. Sbb bila ctie lihat keadaan kolam yg bersih & tiada sedikit lumut pun di dasar kolam. Pendek kata TERBAIKKK👍🏼 keadaan kolam yg ada bumbung..jika mandi time hujan pun no hal..tak perlu risau pasal panas..memang semua kolamnya berbumbung dan berdindingkan permandangan hutan yg amat mendamaikan.

Ctie, en.suami & anak buah



Semua nak bergambar buat kenangan katanya.

Permandangan hutan yg cukup mendamaikan. Alhamdulillah hr yg ctie & family pergi keadaan cuaca baik skli. Cuma bila dah petang sedikit baru hujan lebat. Tapi tak risau sebab kawasan kolam ada bumbung. Kat sini ada 3 peringkat kolam. Kolam yg pertama adalah kolam utama yg kedalamannya adalah 11 kaki. Jd pada yg tak pandai berenang boleh la sewa jeket keselamatan ye. Di kolam utama ada platform untuk terjun..ala mcm kolam renang utk acara sukan terjun tu😁.

Ni view kolam pertama yg kedalamannya 11 kaki

Nampak tak platform terjun yg ctie katakan tadi. Tinggi oiii...seram nak lompat 🙀

Ada juga di sediakan tali2 mcm ni utk yang suka bergayut ala tarzan🐒🤦‍♀️😜

Kolam yang kedua adalah kolam untuk anak2 yg kecil..kedalaman kolam kalau ikutkan separas atas lutut ctie. Tak dalam sangat, sesuai utk anak2 berumur 4 tahun keatas untuk mandi.
Ni kolam utk anak2. Masing2 dah mengigil berendam aje dlm kolam. Air sejukk ya amat bakk anggg... 😂 ok utk papan Surf Board yg ctie cakap boleh sewa tadi, papan yg berwarna kuning dng merah tu. Yg anak2 buah ctie pegang tu. Murah aje RM5.00 pakai sampai la korang nak balik nnt.

Yang ni adalah kolam ke-3 airnya hanya separas buku lali. Sesuai utk anak2 yg masih baby & berumur hingga 4 tahun. Seronok nya anak2 ctie main air sampai tak nak naik😁
Seronok betul si kecil ni mandi...ok pelampung itik tu kami bawa sendiri dr rumah ye...tak da jual kat sana ye😜
Anak buah umur 10 bulan. Dah sejuk tapi still nak mandi..bila angkat dia nagis. Tak pe kasi cannn dia berendam. Bkn selalu dpt berendam mcm ni.

Anak buah si kebob apit dah tido..sejuk2 mandi boleh plak dia tido. Ngantuk lah tu. Dua baby ni tak nak tdo..nak mandi xboleh sbb kecik lg. 😁

Si bam bam Alisha

Si montel kekil

Keseluruhan keadaan dikawasan kolam amat memuaskan. Walaupun ada sedikit kerja2 peyelenggaraan di jalankan. Tapi tidak menjejaskan orang2 yg mandi di sana. Dan alhamdulillah juga semasa lawatan ctie dan family disana tidak ramai orang yg mandi..mungkin ada sesetengah negeri @ kerja2 swasta yg berkerja, yg tak semua company swasta mengambil Thaipusam sebagai Public Holiday. Yelah cuti Thaipusam hanya negeri Selangor, Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja yg mengambilnya sebagai cuti state public holiday. Jadi kolam hanya dipenuhi oleh ctie sekeluarga sahaja😜. Gamat dng suara anak2 buah sahaja. Almaklumlah family ctie ni ramai. Anak2 buah pun dh hampir 20 orang.

Secara keseluruhan ctie sekeluarga memang amat berpuas hati dng keadaan kolam. Pemiliknya yang cukup ramah dan siap boleh tolong untuk ambil gambar lagi😜. Pemilik kolam juga cukup2 membantu anak2 buah ctie tentang cara penggunaan jeket keselamatan & cara2 berenang menggunakan jeket keselamatan. Anak2 buah ctie ni kadang2 nak rasa juga berenang di dalam kolam yg dalam. Baru adventure katanya. Dng adanya jeket keselamatan tak perlu risau dah.. Biarkan anak2 berenang..tapi dlm masa yg sama aspek keselamatan juga perlu di titik beratkan. 

Gambar yang pemilik kolam tolong ambil kan. Tq ye pak cik. Baik & ramah pemiliknya.

Selain itu kemudahan seperti tandas juga amat memuaskan kan.. Keadaan tandas yang bersih..siap menggunakan air bukit yang di pam lagi. Original air dlm tanah la kata kan. Ada juga perkhidmatan homestay ye di sana. Semalam harga Homestay RM180. Boleh juga menyewa Homestay untuk kegunaan 1 hari yang berharga RM80 / 1 hari, check in pukul 9 pagi dan check out pukul 11 malam. Yelah kat sana korang boleh mandi sampai malam ok. Bak kata ctie mandi sampai lebam..hahaha baru mandi 30 minit pun dah mengigil kesejukan😁.

Overall lama jugalah family ctie mandi manda kat sana. Kami sampai kat kolam pukul 11 pagi dan selesai mandi & kemas2 dan bergerak pulang pukul 5.30 petang. Hampir 7 jam juga di sana😂😂. Sampai kecut2 la tangan masing2. Bila mandi masing2 lapar....mujur ada bwk bekal. 

Ctie rasa cukuplah sampai disini ulasan yg dpt ctie cerita kan pada korang semua. Pendek kata tempat yang menarik untuk korang datang dan mandi manda bersama family. Boleh dikatakan ctie sekeluarga memang betul2 berpuas hati. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ panjang umur, murah rezeki memang ctie sekeluarga akan kunjungi lagi tempat ini. Lagipun dekat aje dng rumah mertua Ctie😜😜. Harap dng ulasan yg ctie buat dapat menarik minat korang untuk datang sini. Yg duk KL dh bosan asyid mandi Wet World aje...meh dtg sini..kita cuba ubah angin pula sekali sekala. 

Sebelum balik sempat Ctie sekeluarga bergambar untuk kenang-kenangan. Yelah umur kita bukan makin muda tapi makin tua..mana lah tahu dng bergambar ada juga kenangan utk kita simpan dan tunjukkan pada anak cucu kita nnt.



Family besar Ctie.

Kalau arwah abah ada tentu lg seronok. Tapi apa yg ctie pelajari hargai keluarga kita selagi mereka ada. Yg pergi tetap pergi..kita yg masih hidup ini harus di teruskan kehidupan kita dengan menghargai setiap insan2 yg kita sayang. 

Al-Fatihah buat arwah abah. Alang sayang abah hingga syurga Allah SWT. Insyaallah kita berjumpa lg di sana nnt. #abahdalamkenangan #alangsayangabah #kamisemuasayangabah #satusatunyaabahku

Ok. Korang apa lagi..cuba lah datang bercuti di sini..best tau. 4 ⭐️⭐️⭐️⭐️ ctie bagi 😜😜














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...