Khamis, 31 Januari 2019

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Sebenarnya Muzium ni dah lama buka pada orang awan cuma ramai yang tidak tahu akan kewujudan muzium ini. Masa Ctie dengan suami datang melawat tak ramai orang, yelah melawat pun masa orang bekerja jadi tak ramailah orang...hihihi.

Apabila bercakap tentang Bank Negara Malaysia, korang mesti ingat hanyalah duit yang banyak disimpan di Bank Negara dan Ringgit Malaysia kan??
Jom kita luaskan skop pengetahuan dan pandangan tentang Bank Negara Malaysia dengan melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Dengan melawati muzium ini, korang akan dapat mempelajari tentang beberapa perkara yang penting seperti perbankan Islam dan ilmu tentang kepentingan ekonomi. Kita boleh melihat koleksi-koleksi Bank Negara dari bumi Asia Tenggara yang terkumpul sejak tahun 1962. Dekorasi muzium ini juga unik dan menarik tau.
Ikon Tangga Nautilus 
Salah satu element yang menonjol di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ialah tangga Nautilus yang bermula dari lobi dan berhubung pada setiap aras. Struktur yang menakjubkan ini merupakan ikon utama inpirasi grafik. Ikon ini selalu digunakan dan disebar sebagai bahan komunikasi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Sebagai elimen grafik, simbol yang berputar menggambarkan keinginian untuk mendalami ilmu tanpa noktah. Rekaan pergerakan ibarat aliran air melambangkan lontaran rasa ingin tahu dan sentiasa tertanya-tanya. Senang kata, pusingan ini membangkitkan perasaan ingin tahu.
Ada 6 galeri yang setiap satunya mempamerkan dan memaparkan info tersendiri. Jom lihat antara yang menarik di setiap galeri.
1. Galeri Seni
Galeri seni mengandungi koleksi karya seni visual Bank Negara Malaysia hasil lukisan karyawan tempatan dan Asia Tenggara sejak seawal tahun 1962. Koleksi ini memaparkan sorotan peristiwa penting negara dan merupakan satu cara bank pusat menyokong bidang seni termasuklah hasil karyawan tersohor seperti Mohd Hoessein Enas dan Yong Mung Sen, sehinggalah karyawan-karyawan muda pada masa ini.

  • Galeri Utara & Selatan.
  • 10000 Kaki Persegi.
  • Tingkat 3
  •  River of Coins
  •  Permainan Barter
  •  Wang Kertas Dunia
  •  Tingkat  2
  •  Permainan Pelaburan
  •  Bilik Governor’s
  • Tingkat 1
  •  Ekspres Ekonomi Malaysia
  •  Potongan Suratkhabar Gergasi
  • Tingkat 1
  • Video Interaktif Glob
  •  Laluan Perdagangan Awal Islam
  • Tingkat 1
  • Terowong RM1 Juta.
  • Cipta Wang Kertas Sendiri
  • Aras bawah


2. Galeri Numismatik
Terokai sejarah awal mata wang dan kembali semula ke zaman ketika objek dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz diterima sebagai mata wang. Sertai permainan ‘Perniagaan Barter’, ketahui kisah yang mengagumkan di sebalik setiap syiling, artifak dan khazanah menerusi pameran interaktif. Korang juga boleh saksikan pameran mata wang dunia yang menarik.

3. Galeri Bank Negara Malaysia
Ketahui fungsi, peranan dan tanggungjawab utama Bank Negara Malaysia untuk memelihara kestabilan kewangan dan kemakmuran ekonomi negara. Pameran yang bermaklumat dan menarik ini menceritakan fungsi serta sejarah Bank Negara Malaysia.

4.Galeri Ekonomi
Ketahui bagaimana dasar ekonomi memberi impak terhadap negara dan terokai perkembangan Malaysia sejak kemerdekaan hingga ke hari ini. Selain itu, ketahui juga peranan Malaysia serta pencapaiannya dalam sistem kewangan dan ekonomi global.

5. Galeri Kewangan Dan Perbankan Islam
Terokai konsep perdagangan dan kewangan awal berasaskan Islam, yang bermula di Timur Tengah, dan kemudiannya tersebar ke Eropah dan kini tersebar luas hingga ke seluruh dunia. Konsep perkongsian, penubuhan syarikat, permodalan dan penggunaan cek dalam bentuk kertas adalah antara inovasi yang telah berkembang sejak beribu-ribu tahun dahulu.

6. Galeri Kanak-kanak
Dengan pengisian permainan interaktif berasaskan ‘Simpan’, ‘Belanja’ dan ‘Kongsi’, galeri ini merupakan medium pendidikan kewangan yang unik untuk kanak-kanak. Alamilah ‘Terowong Sejuta Ringgit’ yang mempamerkan wang kertas dalam pelbagai siri dan denominasi.

Waktu operasi Muzium dan Galeri Seni Bank bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Masuk adalah percuma tau. Tempat letak kereta juga banyak disediakan di LG4 dan LG5 (tempat letak kenderaan di tingkat bawah tanah) Sasana Kijang.  Bayaran letak kenderaan untuk sekali masuk ialah sebanyak RM5.00. Kalau nak parking dekat tepi-tepi jalan mengadap Muzium pun boleh. Suami Ctie parking aje kereta kat jalan depan Muzium tu. Free of Charge (FOC) lagi.
Lokasi: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Nak lebih maklumat mengenai Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia klik link ini http://museum.bnm.gov.my 

2 ulasan:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...