Sabtu, 12 Januari 2019

Fungsi Bahan-Bahan Asas penghasilan Kek, Roti, Kuih dan Sebagainya

Mungkin ada yang dah tahu akan fungsi bahan asas yang sering digunakan dalam penghasilan kek, roti, kuih dan sebagainya. Tapi ada juga yang tahu. Sering kali adik beradik ctie bertanyakan "kalau nk buat kek tapi tak ada tepung naik sendiri, nak guna tepung gandum boleh ke?" Jawapan ctie pada mereka "tentulah boleh😁" tapi perlulah dicampurkan dengan beberapa bahan lain. 
Jadi dekat sini ctie akan senaraikan beberapa jenis bahan asas serta fungsi bahan-bahan ini. Lepas ni dah xda lah korang teragak-agak nak guna bahan yang sedia ada dekat rumah korang untuk hasilkan makanan yang sedap-sedap. Dengan sedikit info yang ctie kongsikan, bolehlah dijadikan rujukkan buat korang semua supaya lebih lagi mengenali bahan-bahan ini.

JENIS & FUNGSI BAHAN-BAHAN ASAS PEMBUATAN KEK, ROTI, KUIH & SEBAGAINYA

Tepung

Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek & etc. Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). 
Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk. Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.




Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek & etc...



 
 Superfine flour / cake flour

- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.
-Cara membuat sendiri tepung kek :-
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
 Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek 




High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.




Self-raising flour/Tepung Naik Sendiri
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.
- cara membuat sendiri tepung naik sendiri :-
  500gm tepung gandum
  7 sudu teh baking powder
 1/2 sudu teh garam
 Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali....dan dah siap tepung naik sendiri ...simpan dalam bekas bertutup dan boleh diguna pada bila-bila masa.




Tepung Pau / Tepung Hong kong
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.




Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.




Tepung Jagung
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.




Tepung Kastard
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.




Tepung Beras
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.




Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.


Telur

Gred A, double AA  eggs VS  gred C, B eggs




Secara amnya, telur adalah salah satu bahan terpenting bila kita hendak membuat kuih, roti, pastri & kek khasnya. Fungsi telur adalah untuk menyebatikan semua bahan2 dalam adunan & melembabkan teksturnya. Sebagai contoh, dalam pembuatan kek coklat, biasanya telur gred A atau double AA yang akan digunakan kerana saiznya yang lebih besar & supaya kek lebih lembap berbanding menggunakan gred telur yang lain. 

Jumlah isipadu kandungan telur juga lebih banyak & menepati kuantiti yang diperlukan dalam resepi kerana jumlah udara dalam telur gred A & double AA kurang berbanding menggunakan telur gred C & B. Jika hendak di terangkan lebih ringkas lagi, sebenarnya telur gred A & double AA mempunyai kuning telur yang lebih besar & kandungan putih telur yang lebih banyak, sesuai untuk membuat meringue, sponge cake & etc....

Tahukan anda telur yang telah lama atau matang (asalkan tidak melebihi tarikh luput) lebih sesuai digunakan untuk membuat kek kerana proteinnya lebih relax. Lebih mudah untuk putih telurnya kembang & bertanduk bila dipukul.










Baking Powder  VS  Baking Soda



Baking powder
- Merupakan agen penaik yang mengandungi soda bikarbonat dan bahan berasid cream of tartar dalam kandungannya. Bertindak membebaskan gas karbon dioksida dalam adunan untuk menaikkan & mengembangkan adunan semasa dibakar. Biasa di gunakan untuk membuat pancake, kek & muffin.




Baking soda (soda bicarbonate)
- Merupakan agen penaik tulen soda bikarbonat. Juga bertindak membebaskan gas karbon dioksida semasa proses pembakaran. Bezanya dengan baking powder ialah, soda bertindak merata & menyebarkan adunan, sementara baking powder bertindak menaikkan. Ada sesetengah resepi yang memerlukan penggunaan kedua2 agen penaik ini untuk mendapatkan tekstur kek yang tinggi & rata.


Unsalted Butter VS Salted Butter



Unsalted butter
- Merupakan mentega tanpa garam. Kelebihan menggunakan mentega tanpa garam ialah ianya lebih tahan lama & mudah untuk mengawal kuantiti garam yang digunakan dalam resepi. 




Salted butter
- Merupakan mentega bergaram. Jangka hayatnya lebih pendek jika dibandingkan dengan mentega tanpa garam. Namun harganya lebih murah & di gunakan meluas. Sukar untuk menentukan perbezaan dari segi rasa dengan mentega tanpa garam apabila hasilnya siap.


Caster sugar  VS  Icing Sugar



Caster sugar
- Gula kastor mempunyai tekstur yang lebih halus daripada gula pasir & lebih kasar sedikit daripada gula aising. Gula kastor biasa di gunakan dalam membuat pastri, kek & kuih muih kerana teksturnya yang mudah sebati dengan bahan2 yang lain. Jika menggunakan gula kastor untuk membuat pastri seperti tart, hasilnya tart akan menjadi lebih ranggup berbanding menggunakan gula aising.




Icing sugar
- Merupakan gula yang dikisar halus menjadi serbuk. Sesuai untuk di gunakan membuat meringue, krim & untuk di tabur atas kek, donut & macam2 lagi. 


Powdered  VS  Liquid Food Colouring



Powdered food colouring
- Merupakan pewarna makanan dalam bentuk serbuk. Warna yang di hasilkan agak terang. Perlu memastikan warna digaul rata dalam adunan untuk mengelakkan ada warna yang tidak tergaul bersama. Biasanya di gunakan untuk mewarnakan krim.




Liquid food colouring
- Merupakan pewarna makanan berbentuk cecair. Mudah untuk digunakan & digaul bersama adunan. Menghasilkan warna yang terang & cantik. Biasa digunakan dalam adunan kek serta kuih muih.


Butter  VS  Margerin



Butter
- Dikenali sebagai mentega & merupakan bahan tenusu. Diperbuat daripada susu lembu yang di tapai. Rasanya lemak & berkrim. Biasa di gunakan dalam pembuatan kek, roti, kuih & masakan, juga sebagai sapuan. Namun, mentega mudah cair & tidak tahan panas. Mesti di simpan dalam peti sejuk agar kesegarannya terpelihara.




Margarine
- Dikenali sebagai marjerin & kandungannya merupakan lemak sayuran & air yang di emulsi. Tahan lama & boleh di simpan pada suhu bilik. Boleh digunakan sebagai penganti mentega namun hasilnya ada perbezaan dari segi rasa.


Sour Cream  VS  Yogurt



Sour cream
- Di kenali sebagai krim masam. Merupakan sumber tenusu yang mengandungi susu & krim, dibuat melalui proses penapaian menggunakan lactic acid bacteria. Mesti di simpan dalam suhu yang sejuk. Rasanya masam & pekat. Biasa digunakan untuk salad dressing, baked potato topping, scone, donut & cheesecake.




Yogurt
- Sama seperti sour cream, yogurt juga dihasilkan melalui proses penapaian & penambahan bakteria dalam kandungannya. Rasanya juga masam tetapi agak ringan sedikit berbanding sour cream. Fungsi yogurt dalam pembuatan kek adalah untuk menambahkan rasa krim & juga melembutkan. Juga bertindak sebagai bahan pengganti untuk sour cream, shortening & minyak. Kaya dengan ptotein & kalsium.


Whipping Cream  VS  Fresh Cream 



Whipping cream
- Merupakan produk tenusu (UHT) yang tidak mengandungi gula & berasa tawar. Teksturnya tidak stabil bila dipukul. Mesti di simpan dalam peti sejuk namun tidak boleh di bekukan. Tahan 1 minggu selepas dibuka. Biasa digunakan untuk membuat cheesecake, mousse & tiramnisu.




Fresh cream (whip topping cream)
- Fresh cream lebih pekat & rasanya manis berbanding whipping cream. Bila dipukul teksturnya lebih stabil & mudah kembang. Simpan di dalam freezer (dibekukan). Tahan lebih lama selepas dibuka. Biasa di gunakan sebagai topping cake, filling & ganache.


Full Cream Milk VS  Low Fat Milk



Full cream milk
- Susu penuh krim mempunyai segala khasiat & lemak yang diperlukan. Juga sesuai & dicadangkan penggunaannya dalam membuat kek untuk rasa yang lebih berkrim & tekstur. 




Low fat milk
- Merupakan susu rendah lemak yang telah dibuang kebanyakan khasiat & lemaknya. Kurang sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kek & kuih muih kerana hasilnya yang kurang berkrim jika dibandingkan dengan susu penuh krim.


Chocolate Chip  VS  Chocolate Bar



Chocolate chip
- Merupakan kepingan kecil coklat yang dijual dalam bermacam2 saiz, warna & perisa. Biasa digunakan dalam adunan biskut cip coklat, muffin, cupcake, cake & macam2 lagi. Juga mudah dicairkan untuk membuat topping & ganache kerana saiznya yang lebih kecil.



Chocolate bar
- Seperti coklat cip, juga diperbuat daripada komponen koko asli, lemak koko, susu & gula.  Selalunya didapati sebagai dark chocolate, milk chocolate & white chocolate. Saiznya lebih besar & berat. Untuk membuat ganache atau topping, perlu di potong kecil2 terlebih dahulu supaya lebih mudah cair.

Sekarang korang dah tahukan fungsi setiap bahan-bahan ni? Lepas ni boleh lah korang memBAKING tanpa rasa ragu-ragu lagi😁😁. Apa-apa pun Happy Membaking.

Jangan Lupa Follow👇
Instagram : @puanctierobiah @ctie_bakerys
FB Page : Ctie Bakery's

'Cake Maker Stories'

3 ulasan:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam
  2. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼

    *NOTE* :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...