Sabtu, 5 Januari 2019

Takoyaki Homemade

Assalammmualaikum....
Baru-baru ini tekat ctie rasa mcm nak makanan Jepun pula, sambil duduk2 menonton tv tangan ni duk godek2 hp mencari resepi2 makanan Jepun. Sekali ctie duk teringat pasal satu makanan Jepun yang agak popular kat Malaysia ni. Selalu kalau pergi Mydin, Giant, Tesco mesti makanan ni ada di jual di stall2 kecil dalam pasaraya tu. 
Tak lain tak bukan TAKOYAKI lah makanan Jepun yang agak popular di Malaysia. Kalau kita beki dekat kedai harganya sekita RM5 ke RM6 dng isi kandung kalau tak silap ctie dlm 4 hingga 6 biji kot!!!. Hmmmm...kalau makan sorang ok la. Tapi kalau anak dng laki pun nak makan sama..alamatnya dpt sorang sebiji la๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Fikir punya fikir (berapa banyak kau nak fikir ni ctie oiii) Ctie pun godek2 resepi takoyaki dekat mana lagi kalau bukan pak cik Google. Banyak juga resepi takoyaki dari blogger2 Malaysia. Ada satu blogger ni yang ctie rasa resepinya agak munasabah. Ctie dh lupa apa nama dia. Minta izin ctie ambil & share ye.
Resepi dah dapat, sebelum ctie buat takoyaki ctie selidik dulu bahan2 yang perlu ada dlm pembuatan takoyaki..yela takut tak jadi pula. Kadang2 resepi dh ok tapi tangan yg membuatnya tak jadi, ikut nasib la ye๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Selidik pnya selidik akhirnya dh tahu apa bahan yang di perlukan, ada beberapa bahan yang memang import dari Jepun jadi mestilah ctie cari lagi maklumat untuk menentukan keHALALan nya, HALAL tu perkara yang wajib ok. Bila dah tahu bahan2nya ctie ajak en.suami pergi EON IOI Mall Puchong. (Dekat dng rumah Ctie. 5 minit dah sampai) mula2 nak cara dekat kedai "100 Yen" sekali kedai tu dah lama tutup. Ok, kalau nak beli bahan2 takoyaki atau bahan2 makanan Jepun ada satu bahagian khas utk makan Jepun dekat dlm EON tu. Ala cari je mesti jump panya. Hasil survey salah saty bahan yang waiib ada dlm takoyaki adalah "FISH FLAKE'S" atau nama Jepun nya "BONITO FLAKE'S" Ctie jumpa fish flake yg mcm dlm gmbar kat bawah ni. Halal ye.
Bonito Flakes. Penuh tulisan Jepun. Packing besar 80gm (RM11.90) yang penting Halalan toiyiban

Untuk Serbuk Seaweeds yang warna hijau ctie beli Seaweeds TaKaNoi perisa sotong. Lepas tu ctie hancur2kan halus. Ctie beli pek besar 54gram (RM9.90)
Tao Kae Noi Seaweeds. Perisa sotong

Seaweeds yang Ctie dah hancurkan.

Untuk Sos takoyaki boleh juga beki yang dah siap ada jual kat EON bahagian makanan Jepun ye. Sama tempat dengan fish flakes. Tapi ctie buat sendiri. Untuk bahan sos pakai kicap cair Jepun, tapi ctie tak gunakan pun sbb harganya agak mahal๐Ÿคฃ ctie beli kicap cair jenama "Taste~Me"
Kicap Cair taste~me. Harga RM4.70

Ok semua dah ada jom mula memasak๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Mula2 buat sos takoyaki dulu. Kalau nak buat sehari awal pun boleh. Lagi sedap sos nya. 

RESEPI TAKOYAKI CTIE BAKERY'S 

BAHAN-BAHAN SOS TAKOYAKI :-
1 cawan Sos Tomato
3/4 cawan Kicap Cair (ctie hanya menggunakan 2/4 cawan. Kicap cair dah masin nnt takut masin plak sos takoyaki)
1/4 cawan Air Asam Jawa
1/2 cawan Gula Pasir Halus
2 cm Halia - tumbuk/sagat halus
1 ulas Bawang Putih - tumbuk/sagat halus

CARA BUAT SOS TAKOYAKI :-
1. Campurkan semua bahan di dalam satu periuk. Masak sos dengan api serdahana sehingga mendidih.
2. Bila dah mendidih kecilkan api & reneh sos sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki.
3. Dah masak tutup api, tapis sos supaya bawang halus dan halia dpt di keluarkan. Ini bg nak elakkan bila korang masukkan sos dalam botol, xda lah sos tu tersekat lubang eh dng halia dan bawang putih.
4. Dah tapis boleh lah sejukkan dan simpan. Haa..kan dah siap. Senang kan???๐Ÿ˜

Bahan-bahan sos dicampur semua sekali


Sos dah mula mendidih

proses menapis

Tuudia...sos dah masak. Dah tapis. Dah ready utk digunakan.

Sos dah siap. Mari kita tengok pula bahan dan cara nak buat bebola takoyaki.

BAHAN-BAHAN BEBOLA TAKOYAKI :-
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar + 1/2 sudu besar Tepung Jagung
2 biji Telur (Size A)
2 cawan Air
1 sudu kecil Serbuk Stock Ayam (Boleh juga gunakan Maggir Cukup Rasa @ kiub ayam)
2 sudu besar Kicap Cair.

CARA BUAT BEBOLA TAKOYAKI :-
1. Campurkan semua bahan dlm mangkuk adunan.
2. Kacau dng whisk sampai semua bahan sebati & larut jangan ada ketul2 tepung langsung.
3. Tutup & simpan adunan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sementara itu sediakan bahan inti pula.
Bahan-bahan bebola takoyaki

Bahan bebola takoyaki dh siap. Cantik & licin. Simpan dalam peti ais selama setengah jam

BAHAN-BAHAN INTI :-
1. Sotong/udang/fillament ketam/hotdog (atau apa2 aje seafood yang korang suka. Ayam atau daging pun boleh) - cincang halus-halus
2. Daun Bawang - cincang halus
3. Kobis Bulat - cincang/sagat halus

Bahan inti yang dah di cincang/sagat halus. Ctie gaulkan aje semua semua sekali. Lagi senang๐Ÿ˜

Semua bahan & inti kita dah sediakan, sekarang tiba lah masa nak menunjukkan skill membola2kan bebola takoyaki ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ‘… ada2 aje cik ctie ni ye. Utk bebola takoyaki kalau ada kuali takoyaki tu kira bagus la. Tapi ctie xda pun kuali nya, tapi ctie ada Electric Cake Pop Maker. Jadi ctie hanya gunakan itu sahaja utk acuan takoyaki. Kalau dua2 pun korang tak ada gunakan aje acuan bahulu atau kuih cara. Mesti korang ckp ala nnt xjadi lah bulat2..eh xpe la ada juga corak2. Orang Jepun takoyaki bulat2, kita punya takoyaki bercorak2 ok lh tu. Bangga oiii... #kauhado ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
Tuudiaa..Cake pop maker jd acuan takoyaki. Jangan lupa panaskan dulu maker ni. Dah panas sapu dng minyak supaya senang nak mengoreng takoyaki

CARA NAK BUAT BEBOLA TAKOYAKI :-

Masukkan adunan takoyaki 3/4 penuh kedalam lubang acuan.

Kemudian masukkan & sumbatkan bahan2 inti. Lepas tu tuang adunan tepung hingga dia penuh atau melimpah mcm gambar atas ni. Jangan risau comot. Lebihan2 yg terkeluar tu nnt boleh sumbat waktu kita nak terbalikkan bebola tu nnt. Biar bahagian bawah sedikit garing baru terbalikkan.

Bahagian bawah bebola dah sedikit garing bru terbalikkan bebola. Yg lebih-lebihan terkeluar tadi sumbatkan aje dlm dia sewaktu korang nak terbalikkan. Kat sini teknik terbalik tu kena pandai la. Alah mcm nk buat bahulu aje caranya๐Ÿ˜.

Bebola takoyaki dah cantik jd bola2 nya. Ctie suka dia garing sedikit. Agak2 dah garing boleh lah di angkat. Ulang semula proses membola sampai lah habis adunan tepung tu.

BAHAN HIASAN ATAS TAKOYAKI :-
1. Sos Takoyaki - yang korang buat awal2 tadi (kalau tak ada pakai sos cili pun boleh)
2. Mayonis - apa2 brand pun boleh
3. Serbuk Seaweeds (nama Jepun : Ao-Nori)
4. Katsuobushi / Bonito Flakes (Fish Flakes)

CARA HIAS TAKOYAKI :-
1. Ambil bebola masuk dlm bekas hiasan (ala bekas korang nk makan)
2. Picitkan sos takoyaki @ sos cili
3. Picitkan mayonis
4. Taburkan serbuk Seaweeds 
5. Taburkan fish flakes.
6. Apa lagi tunggu ngap..ngap la...tu pun nak bagi tahu ke๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ



Dah boleh makan๐Ÿ˜

Senang aje kan nk buatnya? Point utama rajin dng malas aje. Kalau buat sendiri dapat banyak. Makan pun puas. Malah satu keluarga dapat makan. 
Ok pada yang nak share resepi ni ctie benarkan. Pada yang nak cuba buat tu, ctie ucapkan Selamat mencuba. Kalau tak faham, nak tanya atau apa2 boleh aje komen kat bawah. Oh ye jangan lupa juga lawati FB & Instagram Kedai Bakery's Ctie ye. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜

FB : House of Cakes by Ctie Bakery's 

Instagram : ctie_bakerys

Akhir kata selamat mencuba. Love a lots from CTIE BAKERY'S๐Ÿ˜

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...