Sabtu, 5 Januari 2019

33th Birthday Celebration for Husband

Assalammualaikum...

Cuti hari minggu dicampurkan lagi dengan cuti peristiwa (Hari Pertabalan Sultan Kelantan sebagai Agung yang Ke-15 buat Negara kita Malaysia) Yessss..cuti lagi. Happy aje bila dapat cuti 3 hari berturut-turut. Apa lagi lepas en. Suami balik kerja ctie kemas2 baju masuk bag, ye lah hati happy nk balik kampung, sambil2 tu bawak juga lah barang2 membaking ctie, senang nak membaking bila balik kpg nanti. Selama 3 hari bercuti ni, ctie manfaatkan masa bersama keluar tercinta di kampung halaman.

Memandangkan tak lama lagi tarikh ulangtahun kelahiran en.suami yang ke 33 tahun, jadi mak dng adik beradik yg lain merancang nak buat makan-makan sikit. Ala kira makan adik beradik la😝😝😝. Banyak jugak lah menunya, tapi alhamdulillah habis semuanya sebab keluarga ctie menjemput jiran tetangga yang berdekatan datang makan.

Antara menu2 yang kitaorang masak adalah :-
Ayam Bakar, Satey, Ikan2 bakar, sotong & udang bakar, mihun soto, kuih lompat tikam, nasi impit, kuah kacang dan tak lupa Kek birthday special ctie buat untuk en. Suami

 

Kuih Lompat Tikam (make by me)

 Sotong, Udang & Ikan Pari Tuka (my sister no.2 beli di Jeti Nelayan, Endau,Rompin Pahang
 
Ikan Cencaru yg sedia dibakar

 
Ayam yang diperap & sedia utk bakar

 
Nasi Impit segera

Kuah Kacang (adik perempuan ctie yg sediakan)

Dan gambar dibawah segala persiapan untuk majlis makan2 birthday en.suami

 
Kerusi & Meja ni sponser dari family mertua adik(mertua adik ada syarikat utk sewa kemah)

   
SateyπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜œπŸ˜œ nyum..nyum


 
  

Ini adalah antara persiap yang kitaorang buat. Meriah dan gamatnya umah mak malam tu dng kehadiran anak2 buah yg seramai 14 org, jiran tetanga menmbahkan pagi keriuhan di rumah mak.

 
  
  

  


 
Bila tiba acara nak potong kek en.suami malu sebab kitaorang siap menyayikn lagu Allah selamat kan kamu utk en.husband

 
Si kecik Danialpun sibuk nak potong kek juga. Dia memang rapat dng pak lang nya

 

 

 
Tarrarrr...ini lah kek rokok yng ku buat khs untuk en.suami, memandangakan aku ni tauke kek jadi semua birthday cake utk keluarga aku yg buatπŸ˜€

Apa yang ctie belajar utk kali ini adalah hubungan kekeluargaan yang indah ini tak akan terjadi kalau adik beradik bergaduh sesama sendiri, bagi ctie keluarga ctie adalah segala2nya. Tanpa mereka semua hidup ctie tak akn bermakna. Buat suami yg amat ctie cintai SELAMAT HARI LAHIR, semoga Allah SWT lindungi kamu dan sentiasa memberi kamu hati yg murni buat diri ini dan buat keluarga kita. Tak kira majlis kecil atau besar apa yg penting kita sentiasa bersama.

Buat arwah abah Al-Fatihah , tahun ini adalah tahun yg kami sekeluarga tak akn dapat memeluk abah lagi, hanya gambar arwah abah sebagai pengubat rindu. Tenanglah abah di sana insyaallah suatu hari nanti kami semua akan bertemu semula dng abah. Sayang abah hingga syurga ilahi.

Untuk sebarang tempahan kek atau desert dan sebagainya boleh lawati instagram, Facebook page & blog kedai kek Ctie yeπŸ˜€

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...