Assalammualaikum. .....dan selamat petang. Semalam duk fikir nak masak ape hari ni & than terfikir la satu resepi ni...resepi yg simple...yg senang n yg selalu org buat. Resepi kebanggaan orang Melaka.....tahu ape resepinya????? Yup betulll....Asam Pedas. So pagi2 lagi dah ajak my hubby pergi Tesco nak beli bahan2 utk masak asam pedas. Oleh kerana my hubby agak cerewek pasal ikan n a few ikan saja yg dia makan...so i deside beli ikan selar atau pun i suka gelarkan ikan mata besar.....hahahahaha...mcm2 betul la. So...lps dah beli semua trus balik rumah...tq my sweet hubby sudi teman kan poi ke tesco. Than smpai rumah, cuci ikan n smua sayuran yg nak masak asam pedas. Memang sangat senang masaknya...campak2 gitu je n dh masak....huhuhu...emmmm.....mcm senang ke kan. Jadi untuk resepinya boleh rujuk kat bawah ni ye.
Bahan A (Kisar / Blander) :-
3 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Labu Bawang Besar
20 Tangkai Cili Kering
1 Sudu Teh Kunyit Serbuk @ 1 inci Kunyit Hidup
Bahan B :-
3 Ekor Ikan (Ikan ikut suka anda nak guna ikan apa)
10 Biji Bendi
1 @ 2 Biji Tomato
1/2 Cawan Air Asam Jawa
5 Tangkai Daun Kesum
3 Cawan Air
3 Sudu Makan Minyak Masak (untuk menumis)
Garam Secukup rasa
Cara Membuatnya :-
1. Panaskan minyak masak. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa dan air, renehkan hingga mendidih.
3. Masukkan ikan, bendi, garam, daun kesum kemudian biarkan hingga mendidih lagi.
4. Kemudian masukkan tomato dan masakkan semua bahan hingga pecah minyak dan sayur empuk.
5. Dah masak angkat dan boleh lah di hidangkan.
So...dah siapkan...boleh la makan dngan nasi.....tp ctie lps masak xmkn lg...ct meratah asam pedas...nk mkn nsi kne tunggu la en.hubby baru best mkn....hihihihi....jd...selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan