Sabtu, 19 Januari 2019

AEON Mall Nilai, Pasaraya AEON Jusco Terbesar Di Malaysia

Korang tahu tak AEON Mall di Nilai merupakan AEON Shopping Mall yang terbesar di Malaysia. Sizenya adalah sama besar dengan IOI Mall Puchong atau 2 kali ganda size AEON Seremban 2 atau 2 kali ganda besar Palm Mall Seremban. AEON Mall Nilai mula di buka secara besar-besaran pada 17 January 2019. 

Ctie datang ke sana selepas 3 hari dari tarikh pembukaan. Kalau nak cerita bab betapa ramai orang yang datang seumpama semut yang menghurungi sisa makanan😁. Bab nak parking 1 hal lagi, macam sardin😁. Biasalah diawal pembukaan mesti la ramai yang nak lihat apa yang ada dalam mall baru kan? Lebih-lebih lagi parking FREE mestilah semua nak. Barang free kot siapa yang tak nak😁. Tak terkecuali ctie & family. Actually adik lelaki dng isterinya yang ajak kesini. Katanya jom jalan AEON boring di rumah. Kebetulan Ctie memang ada kat rumah kakak di Nilai. Maka onzzzz la😁. 
AEON Shopping Mall, Nilai


Tepi escalator pun sempat lagi berposing😁😁. Parking kereta dekat B2 lepas setengah jam pusing2 cari parking😂

Untuk parking underground ada B1 & B2 selebihnya dekat luar bangunan ada parking. Ada 3 tingkat shopping mall di dalam. Ground Floor, First Floor dan Second Floor.

 GROUND FLOOR

Masuk aje disambut dengan decorations Chinese New Year, yelah tak lama lagi kan nak sambut Gong Xi Fa Coi jadi deco pun tentu la penuh naga. 1 Malaysia ma...semua raya pun boleh sama2 sambut😁. Aku kidnap sekejap anak buah utk ambk gambar.


Red Color its my favorite color...juga warna bertuah bagi kaum Chinese


Anak buah Ctie suka dok dlm tu. Untuk stroller atau wheelchair korang boleh ambak kat kuanter ye. Free tak perlu bayar..hanya isi maklumat aje. Kena isi manalah tahu kot ada yang TERBAWA balik plak nanti😆


Second Sis dangan my 'encem' boy anak buah.


Borong Sushi😁. Harga? Ok mampu milik & yang pasti sedap.


Yang ni "tapau" bawa balik😁 Actually dah lama tak makan sushi. Dulu masa kerja selalu juga makan. Sejak 2 tahun tak kerja ni..full time Home Baker memang jarang2 la makan. Lg pun en.suami tak suka sangat sushi, dia makan sikit aje😁


Kat Ground Floor banyak juga tempat2 makan. Macam2 jenis makanan ada. Ni yang mana sempat Ctie 'snap pic' ramai sangat orang. Masa ambil gambar pun orang pandang2  maybe dia org tak suka ctie ambk gambar. Arghh..lantak la bukan ambk gambar dia org pun😆. Apa yang ada lagi kat ground floor ni bnyak kedai2 ada Watsons, Guardian & lain2 dan kedai branded mcm levi's, Clerk's, skechers
Watsons

Levi's

Skechers


FIRST FLOOR


Daiso Japan


Super Save. Kedai favorite Ctie juga. Selalu masuk kedai ni dekat IOI Mall Puchong.


Kedai berhantu pun ada 👻👻👻 
kedai RM2.10 ECO Shop


Kedai2 gadjet pun bnyak dkt 1st Floor ni. Kat sini setiap lorong atau seksyen digelarkan sebagai PIT STOP mcm kat sign board tu.


Yg paling best siap ada ruangan Charging Stand. Kot2 la bateri korang habis boleh cas kat sini sementara tunggu isteri, mak atau Family korang tengah sakan bershopping😆


Pit Stop lama. Tengok tu 40 minut berjalan dah boleh bakar 160 kalori. Jd selalu lah berWINDOW shopping😆


Eh....suami kita lah..hahahaha...snap pic dia curi2. Tume ni tunggu anak buah pergi toilet.

Oh ye sebelum terlupa, ctie kalau pergi mall mesti akan masuk toilet dia😆 buruk perangai. Hahahaha...nak review pasal toilet dekat AEON Mall Nilai. Ok kat sini kalau masuk toilet dia tak akan jumpa bidet air tau (ala getah paip la) kat sini kalau lepas memBUANG tu jng plk korang gelabah cari paip...hihi..kat sini kalau nak beristinjak korang pulas aja pembuka air kat tepi mangkuk toilet tu..mcm gambar kat bawah ni. 


Jng buka kuat2 ye..kang kot basah seluar korang. Pulas slow2 nnt air keluar kat bahagian tengah bowl tu😆. Kalau bg org tua agak tak selesai dng cara mcm ni...aku pun tak selesa sebenarnya tapi nak buat mcm mana lagi..dh itu ie yg ada..tak kan nak main kesat mcm ......... Korang sambung la sendiri😆


Family kakak no.2 bersama ibu mertua. Patung bear yg anak buah aku pegang tu dapat free kalau korang daftar kad AEON.


SECOND FLOOR

Kat 2nd Floor ada Food Court dan ada juga la beberapa restaurant lain. Kalau tanya aku ada tempat makan mcm KFC, McDonald's, A&W ke?? Sepanjang berada kat sana tak ada plak nmpk kedai fast food tu. Kakak aku pun ckp tak ada. 

Kat tingkat ni ada kedai pets, Jusco, EON Cradit Branch dan yang paling ibu-ibu suka dengan adanya Bilik Nursering utk menyusukan anak2 korang. Aku tak masuk sebab perut dah lapar..turun bawah cari makan. Yg aku review ni gambar hasil perkongsian kakak aku, sbb dia masuk kat bilik Nursering utk menyusukan anak dia.
Kata kakak aku bilik Nursering terbahagi kepada 2 untuk anak lelaki & perempuan. Parents mak ayah boleh duduk dibilik Nursering tu..cuma bila si ibu nak menyusukan anak boleh masuk dekat bilik2 kecil yg di sediakan untuk menyusu....ada langsir utk melindungi dr pandangan mata org lain. Ala bilik2 kecil mcm bilik2 karaoke box tu. 

Bilik Nursering. Anak buah aku nak menyusu pun tak jadi tengok bilik warna warni


Ada pemanas air lagi. Senang untuk buat susu anak.

Actually, aku rasa banyak lagi benda menarik yang ada kat AEON Mall ni..cuma aku xhabis melawat lagi..sebab terlalu ramai sangat orang... sampai anak buah aku melalak sbb rimas...jangan kata budak..aku pun rimas. Tak pe kita tunggu lagi 2 bulan..baru tak ramai sangat org. Ni sebab baru buka tu yg ramai datang nak tengok. 

Kot korang nak tahu lanjut kenelah dtg tengok sendiri. Rasai pengalaman sendiri. Aku dng family datang window shopping aje...selebihnya kami cari benda makan..hihihi..nak juga merasa makanan yg ada dlm mall tu. Adik ipar kau dia dah jatuh cinta dengan bermacam2 jenis roti yg dijual. Fresh from oven la katakan...keluar oven terus jual..panas2 lagi.

Ok cukup lah setakat ni aku review. Nanti cerita panjang2 muak plak nak membaca😆. Nak tahu lanjut korang datanglah sendiri tengok. Oh ye panggung wayamg kat sini aku tak sure ade ke tak...sbb aku xjumpa plk signboard ke panggung wayang.


Jangan Lupa Follow👇
Instagram : @puanctierobiah @ctie_bakerys
FB Page : Ctie Bakery's

'Cake Maker Stories'

1 ulasan:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...