Rabu, 16 Januari 2019

Resepi Cannoli - Cake Boss Astro TLC Channel

CANNOLI...............
Kalau korang peminat rancangan Cake Boss yang ditayangkan di Astro TLC Channel pasti korang dah kenal siapa itu Buddy, Cake Boss. Ctie adalah peminat tegar bagi rancangan Cake Boss. Ctie sukakan hasil kerja tangan setiap kek-kek 3D yang dihasilkan oleh team Cake Boss. Ianya adalah sumber inspirasi Ctie untuk menghasilkan pelbagai design2 untuk kek ciptaan ctie sendiri. Tapi kali ini Ctie bukan nak cerita pasal kek2 3D ciptaan Cake Boss mahupun yang Ctie punya. Kali ini, ctie berkenankan satu dessert yang mana dessert ini adalah berasal dari Italy. Seperti sedia maklum Buddy Cake Boss adalah berasal dari Italy dan dessert ini telah terjual dengan banyak di kedai2 bakery milik Buddy. 
Dah lama Ctie ingin buat cuma tak berkesempatan untuk mengkaji resepi yang sebenar-benarnya (wah..wah..dah macam ahli fizik plak nak mengkaji.) Bukan apa, setiap resepi atau setiap masakkan yang ctie buat, ctie harus mengkaji keberkesanannya sebelum Ctie sendiri yang akan kongsikan pada korang semua. Prinsip Ctie, sebelum bagi orang lain cuba..lebih baik ctie yang cuba dulu sama ada resepi itu benar2 akan jadi atau tidak, buatnya resepi yang ctie kongsi tak jadi bila korang buat pasti korang rasa kecewa. Semua resepi yang ctie kongsi kat dalam blog ini, adalah resepi yang ctie sendiri dah cuba buat dan hasilnya amat memuaskan hati Ctie. Sebelum korang2 buat Cannoli ni, jom Ctie terangkan sikit apa sebenarnya jenis dessert ini? sebagai info dan ilmu untuk korang pelajari mengenai serba sedikit pelbagai jenis makanan dunia. 

CANNOLI
Inilah bentuk asal Cannoli

Cannoli (sebutan bahasa Italia: [kanˈnɔːli]bahasa Sisiliacannula) adalah hidangan pencuci mulut dari Sisilia, Italy. Nama asalnya adalah cannolo ([kanˈnɔːlo]; dalam bahasa Sisilia cannolu), yang bermaksud "tabung kecil", dengan etimologi berasal dari bahasa Arab "Qanawat". Cannoli berasal dari Piana degli AlbanesiSisilia dan merupakan suatu makanan asas dalam masakan Sisilia. Hidangan ini juga popular dalam masakan Italia-Amerika. Di Italia umumnya dikenal sebagai "cannoli siciliani" (Sicilian cannoli).Cannoli terdiri dari gulungan adunan pastri yang digoreng sebagai kulitnya, berisi krim manis yang biasanya mengandung keju ricotta. Ukurannya beragam mulai dari "cannulicchi", dengan ukuran tidak lebih besar dari sebuah jari, sampai yang sebesar kepalan tangan yang dapat ditemukan di Palermo, Sisilia (tepatnya di Piana degli Albanesi).
 Jika di Malaysia bekalan keju ricotta agak terhad jadi kita gunakan intinya gabungan campuran Cream Cheese dan Fresh Cream. Boleh juga gunakan buttercream., coklat dan sebagainya inti yang korang suka.
Tapi cara pembuatan ctie pada hari ini adalah sedikit berlainan, Ctie derhaka sedikit akan bentuk asalnya...hihi..jng marah...rasanya sama cuma bentuk sahaja yang berbeza. Disebabkan Ctie tiada acuan Roll yang sesuai untuk digoreng dalam minyak panas, yang ada cuma acuan roll yang jenis plastik. KAlau masuk dalam minyak panas habis la hancur lebur acuan roll Ctie nnt. :) Ctie gunakan acuan Horn (ala acuan bentuk tanduk unicon tu) yang ada dalam simpanan ctie. Jadi Cannoli hari ini Ctie berikan nama sebagai "CANNOLI HORN" Maaf Buddy, kerana terpaksa derhaka sikit...kikiki.
RESEPI CANNOLI - BUDDY CAKE BOSS
BAHAN-BAHAN KULIT CANNOLI
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 3 sudu besar Gula (Ctie letak 2 sudu sahaja)
  • 2 sudu besar Lemak Sayuran (Shortening)
  • 2 sudu besar Cuka Makan
  • 2 Biji Telur (1 biji  lagi digunakan untuk dijadikan gam)
  • 1/4 sudu kecil Serbuk Kayu Manis
  • 1/4 sudu kecil Garam Halus
  • Minyak Bunga Matahari / Minyak Masak / Lemak Sayuran (untuk mengoreng Cannoli) 

BAHAN HIASAN
  • Buttercream / Cream Cheese Aising & lain-lain krim yang korang suka.
  • Boleh juga gunakan coklat urai atau kekacang untuk hiasan akhir diatas krim
  • Snow Powder (untuk 'dusting' atas Cannoli)

CARA BUAT
1. Campurkan Tepung Gandum, Gula, Lemak Sayuran, Cuka Makan, Serbuk Kayu Manis, Garam & 1 Biji Telur T(elur hanya gunakan sebiji sahaja. Sebiji lagi pecah & pukul sedikit untuk dijadikan gam)
2. Uli campuran tadi sehingga tepung dah tak melekat ditangan. Uli seketika lebih kurang 5 minit. Kemudian balut adunan dng Cling Wrap & rehatkan adunan 30 minit ke 1 jam (letak luar sahaja)
3. Lepas direhatkan, taburkan tepung diatas meja kerja, gelekkan adunan sehingga mendapat ketebalan 2mm. 

4. Kemudian potong adunan 1 inci memanjang.


5.Kemudian lilit adunan pada acuan 'Horn' sehingga dapat bentuk seperti gambar dibawah. Diakhir lilitan sapukan dengan telur yang dipukul tadi untuk gam adunan supaya tidak terbuka masa proses mengoreng nanti.



6. Panaskan minyak dan goreng kulit Cannoli sehingga warna keperangan. Pastikan goreng dalam minyak yang banyak. Kulit Cannoli harus tenggelam sepenuhnya dalam minyak.



7. Dah masak angkat dan sejukkan seketika. Agak2 dah boleh pegang acuan 'horn' tu dng tangan. Cara keluarkan kulit Cannoli dari acuan 'horn' dengan memusingkan secara lembut atas kulit cannoli. Jangan tarik kulit Cannoli, kalau tarik nanti pecah. 


Kulit Cannoli selepas dikeluarkan dari acuan 'horn'

8. Sejukkan sepenuhnya kulit Cannoli. Dah sejuk boleh lah isikan dengan krim. Kemudian taburkan 'Snow Powder' untuk sentuhan hiasan terakhir. 




Dah siap😁 bolehlah dihidang. Maaf ye ctie buat bentuk 'horn' bentuk asal Cannoli mcm gambar atas tadi. Cara buat bentuk asal Cannoli korang boleh rujuk video kat bawah⤵️





1 ulasan:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...