Sabtu, 5 Januari 2019

Roti John Homemade - Versi Mini

Assalammmualaikum & Salam sejahtera buat semua rakan2 alam maya ctie😁. 

Belum terlmbat rasanya utk ucapkan "Selamat Tahun baru 2018" buat semua. Ctie harap tahun baru ini akan memberikan kita semua berjuta2 pengalaman & kenangan dalam hidup kita semua. Jd sempana tahun 2018 ni sudah tentu ramai yg berazam nak buat apa kan? Hmmm...agak2 azam tahun lepas dah tercapai ke belum? 😁 ok lah kalau ada yg tanya apa azam ctie utk thun 2018? Ctie hanya boleh jawab "Ctie hanya mendoakan agar Ctie menjadi insan yg lebih bahagia, sihat tubuh badan & semoga ALLAH SWT murahkan rezeki Ctie sekeluarga" amin. Tak kira apa jua azam korang semua, bg pihak ctie, sentiasa mendoakan agar semua yg korang hajati @ azam korang2 semua tercapai.

Ok kita lupakan pasal tahun baru ni sekejap, ctie nak buat sesi "THROWBACK" pula😁. Hujung tahun 2017 hr tu ctie ada buat makan2 dng family (ala makan kecil2 aje) jd menu2 semua ctie yg sediakan, termasuklah bahan2 masakannya. Hihi...sbb ctie ni suka menjamu org makan. Jd menu masakan & bahan-bahannya dr A sampai Z memang ctie yg sediakan. Ada juga 2 3 org kawan2 ctie yg bertanya resepi roti john, bagi ctie xsalah ctie nak kongsi ilmu ni pada semua. Allahamdullilah kalau kita berkongsi ilmu insyaallah berkat ilmu yg kita dapat. 

Antara menu yg ctie nak kongsikan dekat sini adalah ROTI JOHN HOMEMADE dimana proses pembuatan daripada roti sampai ke isinya adalah "make by Ctie Hand"😁. Selalu kalau kita nak makan roti john pg aje mana2 pasar malam mesti ada je roti john ni, lebih2 lg di bulan Ramadhan pasti berlabak2 gerai roti john yg ada di bazar ramadan, pendek kata senanglah nak jumpa roti john sekarang. Bagi ctie, dah kita tahu masak lebih baik kita buat sendiri kan.

Untuk roti john ctie buat sendiri, bancuhan roti semuanya sama sahaja, cuma ctie bentukkan doh memanjang sekitar 8 inci. Ctie buat roti john versi mini. Utk roti masukkan aje smua bahan dlm 'Breadmaker' tunggu setengah jam doh roti pun siap. Bentukkan & bakar. Tapi kalau utk meniaga agak leceh utk buat roti sendiri, masalah berperang dng masa. Jadi pada yg meniaga boleh beli aje rotinya dimana2 kedai yg menjual barang2 borong sejuk beku. Untuk isi roti john ctue akan terangkan bahan & cara membuatnya kat sini. Jom kita mulakanπŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ‘©πŸ»‍🍳

ROTI JOHN MINI HOMEMADE

Bahan-bahan
Roti John / Roti Oblong (belah tengah) - Wajib ada
Ayam @ Daging kisar
Bawang Merah - hiris nipis
Cili Merah - hiris nipis
Cili Api - hiris nipis
2 - 3 biji Telur (ikut berapa banyak roti john yg korang nak buat)
Serbuk Kari
Sos Cili
Mayonis 
Sos Thousand Island 
Garam secukup rasa
Planta / Marjerin (nak sapu atas roti)
Sayuran (Kobis, Timun - sagat halus)


Cara Membuatnya 
1. Dalam bekas masukkan isi ayam & daging kisar, bawang merah, cili merah, cili api, serbuk kari, telur, garam secukupnya. Kacau semua sekali bg sebati.
(Penggunaan bahan2 tersebut mengikut jumlah roti john yg korang nak buat. Korang agak2 sendiri la. Kalau buat banyak bubuh banyak, kalau buat sikit bubuh sikit.)
Ni semua bahan yg ctie dah campurkan semua sekali😜

2. Ambil roti dan sapukan planta / marjerin atas roti. Ketepikan seketika.
3. Panaskan kuali dengan minyak. Supaya tak lekat nanti. Kuali dh panas tuang bancuhan ayam@daging td. Buat secara memanjang (ala mcm korang nampak kat pasar malam tu) dan biarkan seketika. Kemudian tekapkan roti atas bahan ayam@daging yg dlm kuali td. (sama aje mcm kat psr mlm tu cara buatnya) masak sampai masak. 
Mcm ni.

Dah siap. Kan dah nampak bentuk roti john nya😁

4. Angkat roti dan boleh lah di isi dengan bahan sayuran td. Susun sayur atas roti, picikkan sos cili, mayonis & sos thousand islands atas sayur. Mcm gmbr kat bawah ni.
Tu dia..terliuqq tak?😜😜

5. Dah bubuh semua bahan sayur & sos, lipat roti john dan kemudian potong secara serong. Dah boleh makan @ boleh lah di bungkus kalau utk jualan. 
Potongan serong dapat 4 pcs setiap potongan utk mini roti john.
Ini ctie bungkus dng kertas yg balut roti nasi lemak. Ala kertas bungkus buger pun boleh.🀫🀫

Senangkan nak buatnya??😜 bg ctie kalau kita rajin insyaallah benda yg susah pun jadi senang. Ok, korang boleh lah cuba sendiri kat rumah. Nnt utk bulan puasa tahun 2018 dah tak payah nak beli roti john lg. Ye lah sekarang ni harga sebiji roti john pun dah sampai rm5 ke atas, jadi dengan sedikit resepi & ilmu yg ctie kongsikan ni dpt lah kita menjimatkan sedikit perbelanjaan juadah anda. Bg Ctie apa yg penting niat iklas utk memasak bg family kita makan insyaallah itulah masakan yg paling terbaik, paling tersedap di dunia. 
Akhir kata dr ctie selamat mencuba, selamat memasak & selamat menjamu selera. Sekali lagi SELAMAT TAHUN BARU 2018πŸŽ†πŸŽ‡



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...