Sabtu, 5 Januari 2019

Spaghetti Bolognese

Assalammmualaikum....

Agak lama tak mengUPDATE blog Ctie. Nanti lagi lama tak update makin berkarat pula nantiπŸ˜„. Kerana kesibukkan menyiapkan tempahan pelanggan salah satu sebab kenapa Ctie lama tak mengarang. Alhamdulillah.. setiap hari, setiap minggu, setiap bulan tak putus2 rezeki yang Allah SWT bagi buat Ctie. Bersyukur dengan setiap apa yang di beri,  walaupun sedikit jumlahnya, Ctie tetap menerima tempahan pelanggan. Bagi Ctie mengembirakan hati pelanggan adalah satu kepuasan buat diri Ctie.

Ok kita lupa kan seketika bab kek ye..πŸ˜„ hari ni ctie nk cerita bab masakkan, yelah setiap hari masalah paling rumit di alami oleh para isteri2, ibu2 adalah "nak masak apa hari ini" hmmm...agak lama juga berfikir..last sekali ctie putuskan nak masak Spaghetti Bolognese utk juadah makan malam. Memandangkan Sos Spaghetti, Tomato Puri , Cendawan Butang & Spaghetti Angel Hair ada dlm simpanan ctie. Jadi tak perlu lah nak pg Pasaraya beli bahan2 mentah kanπŸ˜„.

Bahan Spaghetti tak susah & mudah di dapati. Tapi sebelum kita tengok bahan2 nak masak Spaghetti Bolognese ni, ctie nak kongsi sikit info yang ctie tahu. Asal usul masakkan spaghetti, yg kita semua sedia maklum bahawa ini adalah salah satu masakkan dari negara Itali. Kiranya kalau di Malaysia makanan ruji kita adalah nasi. Di Itali makanan ruji mereka adalah Spaghetti. 

Sebelum kita masak Spaghetti Bolognese...ctie nak kongsikan sedikit info mengenai Spaghetti Bolognese yang ctie tahu πŸ˜„.

SEJARAH
Sos Bolognese (Itali: ragu alla Bolognese, Perancis: sos bolognaise) adalah sos yang berasaskan daging untuk pasta berasal di Bologna, Itali. Ia digunakan secara tradisional untuk menghias 'tagliatelle' dan merupakan salah satu daripada kedua-dua sos yang digunakan untuk menyediakan "alla Bolognese lasagne". Sos Bolognese kadang-kadang diambil untuk menjadi sos tomato, tetapi resipi banyak mempunyai hanya sejumlah kecil pekat tomato.

Sos bermula pada abad ke-5. Resipi tradisional, yang didaftarkan pada tahun 1982 oleh delegasi Bolognese Accademia Italiana della Cucina, batasan bahan-bahan untuk daging lembu (steak skirt), pancetta, bawang, lobak merah, saderi (batang), pes tomato, sup daging, wain merah kering (tidak menggelegak ), susu, garam dan lada secukup rasa. Walau bagaimanapun, perubahan yang menggunakan produk serantau yang lain wujud walaupun dalam tradisi Bolognese. Hati ayam boleh ditambah bersama-sama dengan daging lembu atau anak lembu untuk majlis-majlis khas, dan hari ini menggunakan banyak mentega dan minyak zaitun untuk memasak soffritto. Prosciutto, mortadella, atau cendawan porcini boleh ditambah ke ragu untuk terus memperkayakan sos. Menurut Naswip Hazan dalam "The Cookbook Classic Itali", untuk memasak Bolognese yang lebih baik memerlukan 5 atau 6 jam untuk mereneh bukanlah perkara yang luar biasa.

Orang-orang Bologna tradisional menjadi terkenal dengan pembuatan telur-pasta tagliatelle (tagliatelle alla Bolognese) dan lasagne tradisional hijau mereka . Harus diperhatikan bahawa orang-orang Itali tidak memasangkan ragu Bolognese alla dengan spageti. Pasta yang lebih besar adalah untuk memegang sos yang berat dan lebih baik. Di Itali, pasta dikacau ke dalam sos untuk mengumpul rasa dan bukannya dihias dengan ragu di atas, sebagaimana yang biasa dibuat di tempat lain.

Ok, semua dah tahukan sejarah mengenai Spaghetti Bolognese kan?? Jadi..jom kita tengok bahan-bahannya pula.  Ctie masak Spaghetti Bolognese ala Ctie. Kalau korang rasa nak ikut selera korang, ikut suka yeπŸ˜„. Resepi yang ctie gunakan adalah yang paling simple dan mengambil masa selama 20 minit sahaja utk memasak. Penggunaan Spaghetti juga bergantung pada kesukaan korang ye. Ctie suka Spaghetti jenis "Angel Hair" sbb dia halus dari Spaghetti asal.

SPAGHETTI BOLOGNESE CTIE BAKERY'S

Bahan-bahan :
500 gram spaghetti Angel Hair (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu (ctie tak letak sebab dh habis stock dlm peti ais)
1 tin cendawan butang – dihiris halus
1 sudu teh herba Oregano kering
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
Parutan keju parmesan – (Ctie tak letak, sebab tak ada)

Cara Masak :

1) Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan. (Gambar 1,2,3,4,5)



2) Sos Bolognese : Panaskan minyak zaitun @ minyak masak, masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

3) Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

4) Masukkan Sos Spaghetti, tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

5) Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

6) NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

7) Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

9) NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!


Tararrrr...dh siap boleh la di makan. Maaf lah ye, dalam simpanan Ctie dah kehabisan daun pasley. Jd Spaghetti ctie agak berbogel sikit tanpa hiasan.


Hihihi...licin..cau cin cau...

Korang2 pun boleh cuba ye..dulu husband ctie tak suka makan Spaghetti, katanya kalau makan mcm makan getahπŸ˜„πŸ˜πŸ˜ and now Spaghetti adalah salah satu makanan yang dia suka. Kalau kita masak dng cara yg betul.. insyaallah bkn husband aje yg suka..anak2, ibu mertua & Bapa mertua jua akan suka. Akhir Kata...SELAMAT MENCUBA. BYE πŸ˜„πŸ˜„πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...