Sabtu, 5 Januari 2019

Cream Puff Tembam Gebu Gebas

Assalamualaikum......
Seperti biasa memang tak dapat di nafikan kesibukan sentiasa ada dalam kamus harian Ctie..
Tapi memasak, membaking, menguruskan hal rumah tangga tetap jugak kena teruskan, yelah dah nama pun diari seorang isteri & homemade bakerys...
Baru-baru ini Ctie mendapat tempahan Cream Puff utk birthday seorang artis baru, yg lahir dr DFKL 2017, Shasha Raman, yang meng "order" Cream Puff tu adalah Mr.PA nya, 4 box tempahan yg di minta.  
Ok let's checkout Cream puff resepi yg ctie buat, keputusannya amat memberangsangkan & puas hati dng hasilnya. Mudah dan tak banyak songeh sangat sebab guna sukatan cawan.

 Bahan-bahan Cream Puff :

1/2 cawan mentega
1 cawan air
1 cawan tepung gandum / tepung superfine
4 biji telur

Cara Membuatnya :
1. Panaskan air dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega cair.
2. Biarkan sehingga adunan mendidih, tapi  jangan biarkan terlalu lama mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung tidak melekat di kuali.
4. Adunan tepung hendaklah kelihatan kental dan tidak terlalu cair.
5. Biarkan adunan tepung betul-betul sejuk baru masukkan telur.
6. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati dan buatlah sehingga habis telur.
7. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
8, Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
9. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
10. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas choux pastry.

Tujuan nya utk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry

 11. Bakar lah choux pastry pada suhu 220'C pada 15 minit pertama, dan turunkan ke suhu 190'C dan bakar lagi selama 15 minit.

  Jangan sekali keluarkan choux pastry sebelum ia nya cukup keras dan masak. Kerana ini akan menjatuhkan choux pastry, jugak jangan sekali membuka oven ketika proses pembakaran ini.


RESEPI INTI CREAM KASTARD (Tanpa Telur)

Bahan-bahan :
  • 2 sudu besar tepung kastard 
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 + 1/3 cawan susu segar
  • 30gm mentega/butter (2 sudu kecil)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 125gm Non Dairy Whipping Cream

Cara membuatnya :
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  • Pukul Non Dairy Whipping Cream hingga kental, kemudian masukkan kastard dan kacau sebati. Dah boleh guna utk di isi dalam cream puff.
Cara menyediakan Cream Puff :

1. Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
2. Paipkan inti cream kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
3.Tabur gula icing diatasnya.


Gebu gebas kan Cream Puff Ctie, dah sama tembam dng tuannya.  πŸ˜€πŸ˜€

Maaf lah untuk kali ini Ctie tak sertakan gambar step by step bkn apa Ctie nak cepat siapkan tempahan, sbb badan agak keletihan jadi memang tak fikir nak ambk gambar pun. Tapi alhamdulillah segala penat lelah di hargai, bila lepas sehari majlis utk artis itu berlangsung Ctie mendapat FEEDBACK yang bisa membuat kan Ctie tersenyum seharian😁😁😁

Ok pada yg nak try boleh try. Insyaallah resepi ctie tak pernah mengecewakan. Selamat mencuba yeeeπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...