Sabtu, 5 Januari 2019

Roti Canai Bread Maker

Sejak akhir2 ini Ctie teringin nak makan roti canai, tapi yang menjadi masalahnya Ctie tak mahu makan roti canai yang di buat oleh mamak, belum makan lagi dah kembang anak tekak Ctie, sebabnya ctie tak berkenan dng cara dia orang buat. Geli oiiii...Lagi pun Ctie bukanlah jenis yang gemar makan di kedai mamak. Semalam ctie buka FB kebetulan ada resepi roti canai yg boleh di buat secara semulajadi dan dengan bantuan mesin, nasib baik ada Breadmaker, jadi memudahkan lagi kerja ctie. Kat bawah ni resepi yg ctie kongsi, kesemua resepi asal ye. Cuma ctie tak uli dengan tangan ctie uli dng Breadmaker. Sama aje jalan kerjanya. Ok, let's checkout resepi roti canai. Ctie sendiri dah cuba buat dan hasilnya walllah....menjadi & sedap 😘😘

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT & KUAH DHAL 😍

Bahan-bahan :

1 kilo tepung gandum (ayak dulu kalau rajin)
4 sudu besar majerin planta( cairkan dan sejukkan terlebih dahulu)
480ml air ( anggaran- tuang sikit2)
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji telur
 
Cara-cara:-

-Taburkan tepung di atas meja atau dulang ...
Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
- Gaul kesemuanya hingga sebati... Kemudian gaul dengan tepung.
- Tuang air sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut ( lebih kurang sejam laa uli kalau nak dapat doh roti canai terbaik, so disini laa cabaran buat roti canai.. Kalau sesiapa yg nak uli roti canai tu,pastikan tenaga anda telah dijana secukupnya lebih2 lagi otot2 lengan..hehehe)
- Tapi kalau ada mixer( mesin penguli roti) atau breadmaker, boleh la guna.. Tak payah laa habis tenaga nak uli kan..

Ni Ctie guna Breadmaker je. Syarat nak guna Breadmaker bahan yang jenis cecair kene letak paling bawah sekali. Kira letak mula2 sakali lah. Lepas tu baru letak bahan kering dia atas.

Ok, ini doh yg dah siap di uli dengan Breadmaker. Nampak tak ke gebuannyaπŸ˜€.

- Biarkan doh tadi selama 2 jam...
- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin atau boleh juga guna minyak masak dan buat bulat kecil kecil...Pastikan rata dengan majerin @ minyak...

Mcm ni, buat bulat2 kecil. Ala mcm yg korang tengok kat kedai mamak tuπŸ˜€

- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
Doh sedia untuk di canai ikut kreativiti masing2... ( kalau siapa pandai tebar maka tebar lah.. Yang tak pandai maka gunakan kaedah tarik perlahan2 atas dulang besar.

Tararr..roti canai yg di canai oleh Ctie. Ready to eat. 😁


****1 kilo tepung boleh menghasilkan 12 - 14 keping roti canai..bergantung pada size yg anda inginkan sendiri..


RESEPI KUAH DHAL ROTI CANAI

Bahan A:
200gm kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
1 biji terung bulat dikupas kulit dan dipotong dadu
(takde pun takpe)
1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
1 biji kentang di dadu sederhana
1 sudu besar rempah kari
1 buku pati ayam
garam secukup rasa

Bahan B:
sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu
Setangkai daun kari
1 cm halia-dimayang
3 tangkai cili kering di kerat kasar2

***Bahan B ni ditumis sehingga naik bau dan layu dalam kuali berasingan.

Cara memasak:

-Rebus kacang dhal sampai empuk
-Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati
-Masukkan kentang, terung dadu dan carrot dadu..
-Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan (boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat)..
-Dalam kuali , (tumis bahan 😎 sehingga naik bau...Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi ....kacau seketika..
Tutup api ...Sedia untuk dihidangkan.

Akhir kata dari ctie selamat mencuba mencanai ye. Mana yg tak ada bread maker tu silalah gunakan tulang 4 kerat korang ye😜😜

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...