Sabtu, 5 Januari 2019

Hari Pertama - Krabi Trip (05/07/2017)

Alhamdulillah..hari yg aku tunggu2 sudah tiba. Krabi here we comešŸ˜. Kali ini terus terang aku katakan trip aku adalah trip bajet. Dng berbekalkan RM1130 untuk 2 org aku dan suami. Bermakna 1 org hanya berbekalkan duit RM565 duit yg aku bawa ini termasuk perbelanjaan Hotel, Makan & Minum, Shopping, travel agent & cenderahati. Mcm tak percaya kan? Tapi kenyataannya itu lah jumlah yg aku ada dlm wallet aku dan suami utk perjalanan 5 hari 4 malam di bumi Thailand.

4.00am - aku dah bangun mandi2 dan bersiap. Nasib baik abang ipar aku masih bercuti raya, jd aku minta abang ipar hantarkan ke airport. Jarak rumah kakak aku dari Nilai ke KLIA2 Airport tak lah jauh pun dekat aje. Aku dah siap semua kejutkan en.suami suruh dia bangun dan bersiap. Lebih kurang 4.30am kami bertolak ke KLIA2. Sampai sana jam 4.45am. Masuk ke depart hall tengok seksyen mana utk flight ke Krabi. Flight ke Krabi di seksyen V. Mcm mana nak tahu aku tengok departure information board yg ada di situ.
Ni lah departure information board yg aku ckp. Korang kene tengok no flight kirang no berapa pas2 tngk lah flight korang berada di seksyen mana.

Pas2 masuk dlm seksyen V, aku timbang juga backpack yg aku bawa bkn ape tkut terlebih berat. Penimbang ada dkt pintu masuk departure hall ok. Timbang2 hmmm ok xlebih pun 7kg. 
Sempat lagi snap pic dkt depan departure hall.

Masuk dalam terus pergi ke bahagian immigration. Kali ini aku gunakan pintu masuk immigration autogate. Caranya senang je. Letak passport oorang kat tempat di sediakan kat gate tu. Pas2 tunggu smpai gambar korang keluar kat screen. Pas2 dia akan suruh korang scan cap jari kanan. Ikut aje arahan. Dah Lulus pintu autogate akan berbuka. Kalau tak buka tu masalah korang kot sbb tak bleh kluar negarašŸ¤£šŸ¤£. Ok semua dah setel mcm biasa lah pemeriksaan kastam semua tu. Basic cara kalau korang nak ke luar negara. 

5.30am sampai dekat gate L8 utk ke Krabi. Gate L8 ni bersebelahan dng Plaza Premium Lounge. Oleh kerana ada 1 jam lg sebelum boarding aku dng en.suami lepak2 aje kat dpan gate tu. En.suami biasalah dng game COC dia tu. Xpe aku kasi dia main kat sini je, dah sampai Krabi dia sibuk maim game aku aku campak kan aje hp tu. Hihihi..aku dah warning dia awal2. Nak pg negara org kena lah nikmatinya bkn nk main game..kalau main game baik ddi Malaysia aje (hihi..garang tak aku??)

6.40am - yeahhh bording time. Mcm biasalah Hot seat akn msuk dulu kemudian di ikuti dng seat no 20 hingga 31. Kiranya aku yg ke dua masuk sbb seat aku dng en.suami 22E, 22F tapi yg best xdpt ddk tepi tingkap. Uwaaa..aku nk tepi tingkap. Lepas aku ddk dtg 1 penumpang perempuan dia yg dpt seat tepi tingkap. Ok fine. 

Aku buat2 ramah berborak dng perempuan sebelah aku ni. Rupanya dia dari Maxico. Dia travel dng ibu nya. Dia cikgu bahasa English di Maxico. Ini first trip dia ke Krabi. Dia dari Maxico datang Malaysia selama 2 minggu di Malaysia dan terbang ke Krabi sama hari dng aku. Borak2 sekejap, katanya dia suka Malaysia sbb kepelbagaian makanan yg ada. Paling dia suka nasi lemak. Amazing taste katanya. Ok aku pun malas nak kacau dia. Dia kluarkan buku and baca aku biasa lah duk jeguk2 ke tingkap nak tngk awan kanšŸ¤£. 
Tu lah kawan baru yg aku sempat borak2 masa dlm flight.

Dalam flight aku order air coklat. Harga RM6. Nyum2 sedap juga sbb rasa coklat yg pekat. 
Pekatkan air coklat dia...sedap ooo...

Sepanjang aku naik flight ni lah first time aku gunakan toilet dlm flight. Not bad..bersih juga. 
Singki yg bersih dan susunan tisu serta tong sampah yang tersembunyi

Toilet bowl. Dia xpkai air tau..dia pakai sistem angin. Aku pun tak paham mcm mana dia berfungsi. Tak kisah lah. Janji beraih dah ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...