Sabtu, 5 Januari 2019

Karipap Kentang Frozen

Assalammualaikum, bersua lagi kita di Ramadhan tahun ini. Rasanya belum terlewat untuk Ctie ucapkan Salam Ramadhan 1438 Hijrah (2017). 

Memandangkan hari ini ramadhan ke-8 (Sabtu) En. Suami duk request nak makan karipap. Bukan tak mau beli kat bazar ramadhan, tapi bila di fikirkan kos dan harga makanan makin melambung2 mcm belon ๐Ÿคฃ baik Ctie buat sendiri aje, lagi pun bahan2 nak buat karipap semua duk ada dlm pantry, baik Ctie buat sendiri, alah bukan susah pun nak buatnya, petik jari je dh siap (๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญkalau lah semudah itu) 

Lagi pun karipap ni Ctie boleh buat banyak dan boleh di Frozen kan, tahan tau selama sebulan. Selain karipap, donat juga boleh di Homemade Frozen tau. Tip memFROZENkan karipap ni Ctie dapat tunjuk ajar dari Kakak ke-2 Ctie. Sebelum ini kalau buat karipap semua Ctie duk goreng lepas tu jenuh juga lah nak mengabiskannya. Yelah mana tak jenuhnya sbb yg makan Ctie dng suami je๐Ÿ˜‚ bagi ctie 2 ketul pun dah kenyang ni kn plak nak makan smpai berketul2, tak ke muntah darah nak menelannya (hihihi...tak da lah sampai muntah pun)

Ok lah tak mau duk bnyk celoteh nanti hampa bosan plak noh. (Maaf ye Ctie campur2 bahasa, bukan apa Ctie ni kacukan anak Kedah dng N9 jadi bahasa pun campur2. Siap campur2 bahasa Keee Elll lagi๐Ÿ˜๐Ÿ˜)

Sebelum Uli kulit karipap korang buat intinya dulu ye. Inti dia korang nak buat awal sehari pun boleh. Ikut suka korang lah. Utk bahan inti korang boleh pelbagaikan, sama ada nak guna kentang, keledek, sardin atau apa2 je yg korang suka. Tapi make sure inti tu korang masak betul2, kalau tak masak betul2 boleh basi inti korang tu nanti๐Ÿ˜˜

Bahan Inti Karipap :
  • 500 gm ubi kentang-potong dadu 
  • 1/2 biji bawang besar- potong dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka (kalau nak pedas lagi letak lebih pun boleh)
  • Minyak Masak untuk menumis
  • 1 kiub ayam - apa2 brand pun boleh
  • 1/2 biji bawang besar*  
  • 2 biji bawang kecil* 
  • 2 biji bawang putih* 
  • 1/2 inci halia* 
  • 2 tangkai daun kari (tak letak pun, tak apa)
  •  air secukupnya
  •  garam secukupnya
  • Gula Secukupnya

    Cara Buat Inti Karipap :
    1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. Toskan. 
    2. Tumbuk @ kisar bahan bertanda * (bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia).
    3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk / kisar bersama daun kari.
    4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
    5. Masukkan ubi kentang, kiub ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
    6. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan dan kacau sekali sekala. 
    7. Bila ubi telah empuk , masukkan sedikit gula & rasa dulu, sama ada semua perasa dan bahan sebati. Masak inti hingga pekat. Dah pekat tutup api.
    8. Bila inti sejuk, ambil doh dan terap bulat.  Masukkan inti dan klim seperti biasa.
    9. Bila menggoreng gunakan api perlahan, kalau api besar nak kulit karipap menggerutu.

    Bahan Untuk Pastry :
    200 gram tepung gandum 
    1/4 cawan minyak masak
    2 sudu besar marjerin (tak letak pun tak apa)
    Air Secukupnya (nak guna air sejuk dlm peti ais pun boleh)
    Garam Secukupnya

    Cara Buat Doh Pastri :
    1. Campurkan garam, tepung gandum, minyak masak & marjerin, gaul guna tangan dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti. 
    2. Selepas itu curahkan air tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin dan doh dah tak melekat pada tangan korang kira doh tu dh sebati ye. Kalau terlajak air tu korang tambah lah sikit tepung Gandum.
    3. Lepas tu boleh lah di uli doh tu nak jadikan Karipap.

    CARA NAK FROZEN KAN KARIPAP
    1. Bila semua karipap dah siap,korang goreng Karipap dng api yg pelahan. Goreng karipap frozen lebih kurang masa gorengan 1 minit sahaja. Lepas tu korang angkat dan toskan minyak.
    2. Bila dah toskan minyak, sejukkan karipap baru boleh packing. Packing guna plastik dan sealer kan atau pun korang boleh masukkan dalam tapawere kedap udara dan simpan dalam peti ais.
    3. Bila nak goreng keluarkan karipap dari peti ais, nyah beku kan karipap, lepas tu boleh lah goreng dah hidangkan.
     Ni karipap sebelum di goreng

     
    Ini lah rupa karipap yg Ctie dah goreng selama 1 miniy dan sudah sedia utk di pack dan di Frozen kan.

     
    Yang ni dah siap goreng & sedia di ngap๐Ÿ˜๐Ÿ˜ (sedia di makan laaa)

    Ok. Ctie harap dng pengkongsian resepi yg ctie bagi ni harap korang boleh praktik kan dan selain tu korang boleh lah jimatkan duit korang dari membeli kuih ๐Ÿ˜„ lagi satu boleh lah korang gorengkan buat sarapan & minum petang untuk anak2, suami dan untuk korang sekali. Sebarang pertanyaan boleh je tanya kat blog ctie ni, insyaallah ctie akan bantu, kalau malu nak tnya kat sini boleh aje email pada ctiebakerys@gmail.com 

    Ok. SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEM FROZEN KAN KARIPAP KORANG YE๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

    Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...