Sabtu, 5 Januari 2019

Kek Coklat Microwave

Resepi yang sememangnya sangat mudah, cepat dan paling penting sedap! Ctie buat sbb tiba2 pkul 3 pagi teringin nak makan Kek Coklat, nak membakar ambil masa lama jadi buat lah kek coklat guna Microwave 

Resipi asal hanya menggunakan Milo. Tapi Ctie tak berapa gemar sebab rasa coklat tak begitu terasa. So Ctie olah resipi dengan menambah serbuk koko untuk lebih rasa coklat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

- 4 tbsp tepung gandum (Ctie gunakan tepung naik sendiri)
- 4 tbsp gula halus (Ctie gunakan gula perang)
- 4 tbsp susu cair & Susu Segar (Ctie guna bancuhan nescafe 3 in 1)
- 4 tbsp minyak masak (boleh juga gunakan minyak jagung)
- 2 tbsp serbuk koko ( Ctie letak 4 tbsp Serbuk Koko)
- 2 tbsp Milo (Tak letak pun, nak letak pun boleh)
- 1 tsp baking powder (tak payah letak kalau guna tepung naik sendiri)
- 1 tsp esen vanila
- 1 biji telur

Cara Membuatnya :

Cara nak buat dia senang sangat. Tapi elok kalau korang ayak dulu tepung dan serbuk koko tu. Kalau gunakan baking powder, ayak sekali. Proses ni kalau ikut logik pemikiran bertujuan untuk elakkan bahan tersebut jadi berketul time korang kacau dalam bekas nanti. Lagipun ni benda basic buat kek ye. Ayak ajelahTak usah banyak soal!

Kemudian campurkan aje bahan lain serentak. Lagipun Ctie memang tak berapa nak rajin kacau satu-satu bahan. Memang semua sekali Ctie masukkan aje dalam satu bekas. Bekas tu ctie gunakan yang boleh masuk dalam microwave ye.

Lepas tu korang kacau aje dengan garfu sampai semua bahan tu sebati. Jangan ada ketul2 tepung pulak ye.

Part paling best pakai microwave nikorang tak payah panaskan dulu macam gunakan oven. Masukkan aje ikut kesuaian masakan dan masa yang dikehendaki. Tapi seperti juga oven, microwave juga mempunyai option berbeza mengikut syarikat pengeluar. Yang pasti kena gunakan atas daripada Defrost. Ctie gunakan suhu 700 masa memasak 1 minit, kalau xcukup korang tambah lah lagi 1 minit. Kira 2 minit la. 
 

Belum sempat korang dok kemas barang yang korang selongkar nak buat kek tadi, tetiba bunyi TING! Itu menandakan kek korang sudah siap dan boleh dihidangkan.

Ctie buat topping dia guna coklat ganache, Lepas tu boleh lah tabur coklat rise atau apa2 topping yg korang nak letak. Perghh! Memang terbaik! Tertunailah sudah niat mengidam nk mkn kek coklat😀😀😀 Satu bekas tu cukup untuk ctie & en.suami makan. 3 4 org pun bleh mkn utk 1 bekas tu. 
 
Nampak tak akan ke MOIST nya kek itu. Nyum2😋

 
 Kilauan Coklat Ganache🤣🤣🤣

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...