Sabtu, 5 Januari 2019

Kek Gula Hangus a.k.a Kuih Sarang Semut

Assalammmualaikum, Salam sejahtera & 
Salam 1 Malaysia😄
Apa cerita korang2 semua..harap sihat2 hendaknya. Macam mana raya  tahun 2018? Dah habis ke beraya di rumah sanak saudara, rakan taulan. Ctie tak sempat nak melawat semua..ctie melawat mana yg sempat aje. Ok lah memandangkan bulan syawal dah berakhir pada jumaat 13/7/2018 tetapi ctie masih mendapat undangan jamuan hari raya pada Sabtu 14/7/2018. Undangan dari ibu saudara di Cheras. Tak apa lah..orang menjemput kita kene lah datangkan...xkira lah dah habis raya atau pun belum😝.

Dalam kesibukkan menyiapkan tempahan kek dari pelanggan, ctie sempat lah juga buat Kuih Seri Muka Durian untuk di bawa ke rumah ibu daudara. Yelah ibu saudara tak minta..tapi ctie tetap nak buat memandangkan ada lebihan durian yg ctie beli pada malam sebelumnya. Kesibukkan tak menghalang..penat tak terasa bila kita buat sesuatu dengan iklas. Dalam kesibukkan menyiapkan kuih..ibu saudara call ctie, dia kata isteri adik sepupu, mengidamkan Kek Gula Hangus hasil dari air tangan ctie...ikutkan dah tak sempat nak membuatnya, sebab kek gula hangus perlu di perap semalaman baru dapat hasil yg memuaskan. Tapi ctie ni tak sampai hati..yelah luaran aje ganas macam singa...dalaman hati selembut puding caramel😝 nak tak nak ctie buat juga. Cari punya cari...kebanyakkan resepi perlu di perap semalaman..tapi alhamdulillah...ctie terjumpa satu blog yg mana hanya mengambil masa 1 atau 2 jam sahaja perapannya dan sukatan bahan yang digunakan juga adalah paling mudah dan paling senang. Menurut penulis blog ini, resepi adalah daripada ibunya..resepi orang lama2 (org vateren lah katakan) ctie ikut 100 peratus sukatan dan cara buat dari pemilik blog ini http://www.annursyuhadah.com/2017/10/resipi-kek-gula-hangus-paling-mudah-dan-sedap-sukatan-cawan.html?m=1
Dan ternyata resepi yang di kongsi oleh pemilik blog ini..menghasilkan kek gula hangus yang cantik dan sarang2 semutnya juga kelihatan. 

Untuk makluman korang gambar2 yang ada dlm blog ctie ini adalah gambar original yg ctie ambil sendiri semasa proses ctie membuat kek ini, ctie hanya mengambil resepi dari pemilik blog ini, hanya untuk sekadar rujukkan buat ctie dan buat korang semua.


Jadi jom kita tengok bahan2 dan proses pembuatannya.

RESEPI KEK GULA HANGUS a.k.a KEK SARANG SEMUT

Bahan untuk karamel / gula hagus :
 1 cawan gula pasir
 3 sudu mentega 
 1 cawan air mendidih

Cara-cara buat karamel / gula hagus :


1. Cairkan mentega di dalam periuk, kemudian masukkan gula.
2. Dengan api sederhana kecil, hanguskan gula hingga keperang-perangan.
3. Ctie sukakan rasa karamel yang agak pahit-pahit sikit, jd ctie akan
    hanguskan "lebih" sikit dari biasa.
4. Bila dah perang, terus tuang air panas mendidih ke dalam gula hangus tadi. Tuang sedikit2 ye. Kalau tuang sekali gus di khuatiri melecur tangan korang nnt. Tuang sikit2 dan terus kacau.
5. Kacau supaya semua gula yang berkerak tadi tu menjadi rata dan larut.
6. Padamkan api. Biarkan gula hangus atau karamel korang sejuk.


Bahan-bahan untuk membuat kek :
 4 biji telur ayam (gred B)
 1 cawan tepung gandum
 1 cawan susu pekat manis
 1 sudu teh esen vanila
 2 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara membuat kek :


1. Pukul telur dengan hand wisk
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
3. Ayakkan tepung berserta soda bikarbonat ke dalam adunan, masukkan secara sedikit demi sedikit
4. Tepung dan gula hangus dimasukkan berselang-seli semasa mengadun.
5. Sapukan sedikit mentega pada loyang & letakkan kertas baking di bahagian dasar @ bawah loyang. Tuangkan adunan ke dalam loyang bila adunan dah nampak sebati.Ctie gunakan loyang bengkang yg berlubang di tengah-tengahnya.
6. Jangan risau kalau adunan nampak cair. Sememang nya begitulah kejadiannya.
7. Rehatkan adunan di dalam loyang tadi selama 1 hingga 2 jam. Nak lagi cantik sarangnya perap semalaman atau paling kurang 4 jam.
Tips: 

Tujuan adunan direhatkan sebegitu lama adalah untuk membenarkan soda bikarbonat untuk bertindak menghasilkan gelembung-gelembung udara.

Dalam menghasilkan kek gula hangus, paling penting, jangan terlebih pukul. Korang tak mungkin nak kek gula hangus korang jadi kek dua lapisan kan? Dimana lapisan atasnya tekstur macam kek span, dan kek sarang semut di lapisan bawahnya.. Taknak kan? So, pukul sekadar nak sebatikan semua bahan jer okey?


8. Akhir sekali, panaskan oven pada suhu 170°C selama 10 minit.
9. Lepas 10 minit, masukkan adunan ke dalam oven, selama 1 jam menggunakan api bawah.
Kepanasan oven dan masa memasak bergantung pada oven korang. Sebab lain oven, lain kepanasannya.
10. Tinggal 10 minit terakhir, ubah mode kepada api atas bawah.
11. Sejukkan kek dahulu sebelum dipotong.






Kek dah siap. Nampak tak sarang2 semut tu😝. Mudah kan nak buat?? Senang mudah dan cepat. Akhir kata dari Ctie Selamat Mencuba😄😄.

1 ulasan:

  1. 4x8 sheet metal prices near me - TITanium Arts
    The 5×8 titanium rod in femur complications sheet metal is a flexible titanium 170 welder and flexible sheet. titanium wood stove This is a flexible sheet, and very citizen eco drive titanium watch thin, and titanium powder holds a very small shelf life.

    BalasPadam

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...