OM ALI...terpanggil ingin mencuba dessert dari bumi Arab. Sebelum ini Ctie tak pernah tahu akan kehadiran dessert ini, sehinggalah ctie terlihat posting dari instagram story @cikepal06 yang ketika itu dia berada di bumi Mekah bagi mengerjakann ibadah umrah. Siapa Cik Epal ni? kalau dikalangan blogger pasti dah kenal dengan dia, dia adalah salah satu blogger yang agak popular juga, pengikutnya aja sudah berpuluh ribu. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Cik Epal ni bolehlah follow dia di cikepal06.blogspot.com dan instagram @cikepal06.
Ok berbalik pada tujuan asal untuk bercerita APA SEBENARNYA DESSERT OM ALI NI!!
Om Ali, Omali, Umm Ali, atau Oumm Ali (Mesir Arab: ام على), yang bermaksud "ibu Ali" adalah pencuci mulut Mesir. Terdapat banyak variasi dengan komposisi yang berbeza. Biasanya, pastri (roti, pastri atau pastri puff) dibahagikan kepada kepingan dan dicampur dengan pistachios, kepingan kelapa, kismis dan banyak gula. Susu, kadang-kadang dengan krim, dicurahkan di atas campuran, yang kemudiannya ditaburi dengan kayu manis. Akhirnya, campuran dibakar di dalam ketuhar sehingga permukaan berwarna coklat keemasan. Ia boleh dimakan panas atau sejuk. Jika di Iraq dikenali sebagai Khumaiaa. Mungkin bagi kita di Malaysia ianya seakan Puding Roti cuma ditambah dengan kekacang sahaja.
Dah fahamkan?? ok jom Ctie tunjukkan apa bahan-bahan yang perlu ada untuk buat Om Ali. Mengikut resepi asal om ali diperbuatan daripada kulit pastry atau roti croissant. Ctie menggunakan roti Wheat Bran Boule yang Ctie beli kat Tesco. Niat asal nak cari roti croissant tapi habis pulak. Ok tak pe kita gunakan aje roti yang ada.
OM ALI
OM ALI
OM ALI - ARABIC DESSERT
Bahan-Bahan :
500 gm Kulit Pastry / Roti Croissant
(Ctie guna Roti Wheat Bran Boule)
1 liter (4 1/4 cwn) Susu Segar
100 gm (1/2 cwn) Gula Halus
57 gm (1/2 cwn) Hazelnuts Cincang
57 gm (1/2 cwn) Pistachios Cincang
(Ctie gantikan dengan Almond Cincang)
75 gm (1/2 cwn) Kismis Kuning
(Ctie gunakan kismis hitam, kismis kuning habis)
20 gm (1/4 cwn) Kelapa Parut Kering
250 gm (1 cwn) Whipping Cream
Cara Membuatnya :
1. Panaskan oven suhu 200 darjah calcius selama 10 minit. Campurkan Hazelnuts & Pistachios dalam dulang pembakar dan bakar kekacang selama 10 - 15 minit hingga kekacang masak.
Dah masak, keluarkan kekacang dan campurkan dengan kismis & kelapa parut. Gaul sebati, ketepikan.
2. Potong dadu roti. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Agak-agak sahaja. Roti tu boleh juga di carik-carikkan. (Ikut suka korang lah nak buat macam mana yang selesa). Ketepikan seketika.
3. Dalam periuk lain, campurkan susu segar dengan gula halus. Masak atas api serdahana sahaja, hanya panaskan susu dan bagi gula larut sahaja.
4. Ambil roti dan susun dalam loyang.
Kemudian taburkan campuran kekacang tadi diatas roti
Kemudian tuangkan susu atas roti
5. Ulang susunan proses No.4 sehingga roti dan susu habis. Kemudian bakar Om Ali selama 15 - 20 minit dengan suhu 200 darjah calcius (kepanasan oven bergantung pada oven korang ye) Tinggaalkan sedikit campuran kekacang untuk hiasan atas.
6. Sementara menunggu Om Ali masak. Pukul Whipping Krim sehingga kental.
7. Om Ali dah masak keluarkan dari oven dan letakkan whipping krim yang dipukul tadi atas Om Ali. Kemudian Bakarkan sekejap Om Ali dalam oven lebih kurang dalam 5 minit.
8. Dah masak. keluarkan dan taburkan lebihan kekacang keatas Om Ali. Om Ali sedia dimakan panas atau sejuk.
Dah Siap
yumm...yumm
Kesimpulannya dekat sini OM ALI boleh dikatakan seperti Puding Roti. Rasanya tak lah terlalu manis, lemak-lemak susu dan berkrim. Sedap tau. Lepas ni boleh lah korang cuba buat pulak. Sekali sekala kita ubah selera. Bukan hanya makanan tempatan yang boleh kita buat, hidangan dari pelbagai negara juga boleh kita buat. Ibarat kata perpatah " Jauh Perjalanan, Luas pemandangan" begitu juga dengan dunia masakan. "Lagi banyak kita cuba, lagi banyak ilmu masakkan yang kita dapat"
Jangan Lupa Follow👇
Instagram : @puanctierobiah @ctie_bakerys
FB Page : Ctie Bakery's
'Cake Maker Stories'
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
BalasPadamBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.