Isnin, 7 Januari 2019

Percutian Singkat di Teluk Penyabung Resort, Mersing Johor

Sebenarnya trip bercuti 2 hari 1 malam ke Teluk Penyabung Resort dah lama pada September 2018 baru sekarang berkesempatan nak update. Macam biasalah kerana kekangan masa seharian. Trip kali ini adalah trip yang tak dirancang. Sehari Sebelum buat keputusan nak bercuti Ctie & suami pulang ke kampung. Secara spontan Ctie & suami teringin nak bercuti dan merelekskan badan. Fikir mana nak pergi, akhirnya buat keputusan nak bercuti ke Teluk Penyabung Resort, Mersing Johor. Lebih-lebih lagi jarak perjalanan dari kampung ctie ke sana hanya memakan masa selama 2 jam setengah sahaja. Trip percutian singkat kali ini turut disertai Ibu Ctie dan 4 orang anak buah Ctie.

Ctie sekeluarga gerak dari kampung agak lewat, kira-kira pukul 3.00 ptg baru kami mulakan perjalanan. Jadi kami sampai dan check in agak lambat sedikit. Sampai di sana saja hari telah pun malam. Kami sampai lebih kurang dalam pukul 8.00 mlm. Kenapa lewat?? Emm..biasalah bila ada anak2 ni banyak tempat yang nak disinggah. Kami berhenti di Pantai Rompin sekejap, jalan2 sebab ada Pesta Pantai Rompin dan Shopping barang makanan untuk bekalan tengah malam kat resort nanti. 

Penat berjalan kami terus ke resort. Sampaikan orang resort call jadi check in ke tidak😁 Pihak resort sangat baik dan layanan yang dapat pun amat memuaskan hati. Oleh kerana check in lambat jadi Ctie mencuba nasib bertanya kot2 boleh check out lambat kan..dan jawapan dari pihak resort dah tentu la BOLEH😁. Alhamdulillah. Selesai check in. Kami dapat bilik berdekatan dengan pejabat a.k.a cafe resort. Anak-anak plak sibuk nak mandi kolam..oleh kerana dah malam pihak resort menutup kolam renang pada waktu malam. Ye lah dh mlm kot. Gila kau nak mandi malam2 dah la resort tu belakangnya adalah hutan simpan. Memang berdekatan dng laut, tapi Teluk Penyabung Resort tak la betul2 di tepi laut. Jika nak ke laut naik kenderaan dlm 2 minit saje..jalan kaki pun boleh tapi penat kot..berpeluk la ketiak. Masa Ctie pergi keadaan sekitar tepi pantai ada pembinaan dan naik taraf pantai jadi tak ramai yang datang mandi manda. Tak dapat mandi laut xpe..janji ada kolam renang kat resort😁 kan!.

Berbalik pada bilik resort yang Ctie dapat, Ctie menyewa hanya 1 bilik sahaja. Iaitu bilik Family Room. Bilik tak adalah besar tapi cukup untuk kami 7 orang. Ctie puas hati dengan keadaan bilik dan tandas semua dalam keadaan yang bersih. Kemudahan dalam bilik ada Flat tv dengan Astro Njoi, Pemanas Air, Air Conditioning, Electric Stand Fan dan almari baju. Dalam bilik air ada Water Heater dan alatan penjagaan diri.

Cafe & Pejabat Teluk Penyabung Resort

Bilik Kami.
Family Room (1 katil Queen, 1 Katil Bujang)

Astro Njoi & Flat TV

Pintu Masuk teluk Penyabung Resort

Bilik Family Room (Pintu masuk dia ala2 rumah kembar dua)
Bilik kami yang disebelah Kiri


Water Heater


view dalam bilik air

Masuk aje bilik apa lagi masing-masing berbaring kepenatan la. Makan malam kami makan bekalan yang kami beli sebelum sampai di resort. Mula-mula nak pergi cari ikan bakar, tapi en.husband kepenatan jadi terpaksalah batalkan niat nak keluar. Masing-masing kepenatan dan tidur tak sedarkan diri. Air Cond dalam bilik boleh tahan juga sejuknya. Good night. Oh ye sebelum Ctie terlupa, Ctie menempah bilik ini termasuk dengan pakej sarapan pagi ye.


HARI KE-2

Yeayyy..alhamdulillah, diberi kesempatan melihat dunia lagi. Bangun anak-anak, bangun gosok gigi kejap lagi kita nak pergi sarapan. Rugi kot dah bayar sarapan. Semua dah bangun apa lagi terus ke cafe. Minum lerr...keadaan cafe agak lengang, tak ramai orang pun mungkin ada yang masih lena diulit mimpi.

nak cerita bab juadah sarapan pagi, alhamdulillah Kuih Muih, Mee Goreng, Nasi lemak dan air teh sedap-sedap semuanya. tapi..(hehe..ada plak tapi) Nasi lemak tip top cuma sambal nasi lemak PEDAS fuh terbakar lidah. Sambal sedap cuma agak pedas mungkin cili kering yang digunakan jenis yang pedas. Kesimpulannya di sini Ctie & family puas hati dengan juadah sarapan yang di sediakan oleh pihak Teluk Penyabung Resort.


Pejabat TPR

En.husband, mak dng anak2 leka mengambil hidangan

Cari apa tu??

Kuih Karipap, Air Teh, Nasi Lemak (sambal pedas)

Papan Tanda TPR & Papan tanda perasmian TPR

Usai bersarapan anak-anak apa lagi terjun tiruk la dalam kolam renang. Memang dari semalam masing-masing berkobar-kobar nak mandi kolam. Kali ini mak langnya (Ctie) cakap lepas ni tak mandi laut dah. Kita mandi kolam aja.Anak-anak ok aje..janji dapt mandi katanya.

View atas kolam

View kawasan Kolam

Keadaan Kolam Renang Teluk Penyabung Resort sangat bersih dan ctie cukup puas hati dengan keaadaan kolam yang disediakan oleh pihak resort. Kolam Renang terbahagi kepada 3 jenis kedalaman. Bahagian kanak-kanak di bawah dan bahagian separuh dalam & sangat dalam di bahagian atas. 


wah-wah sedap ye berendam

Kakak Shira - anak buah sulung & yang paling besar sekali

Peace Yo!!!

Seronok Berendam ye anak-anak 

Bahagian yang anak-anak mandi tu tak dalam sangat ye separas pingang Ctie aje. Lepas tu tengah-tengah dengan hujung kolam kawasan dalam. En.husband pun tenggelam tau. Oh ye, selalu kalau mandi kolam pasti mata kita akan pedih kerana air kolam yang dicampur dengan klorin, untuk kolam di Teluk Penyabung Resort Ctie tak ada mengalami pedih mata atau terhidu klorin. Air kolam yang sangat jernih dan tak ada langsung bau klorin. Untuk kolam renang Ctie bagi 5 bintang. Puas hati. TERBAIK.

Puas masing-masing mandi. dari pukul 9 pagi sampai ke pukul 12.30 tengahari berendam. Kecut tangan & kaki. Mentang-mentang dapat Check Out pukul 2.00 ptg apa lagi masing-masing. Balik bilik mandi bilaskan badan. Sambil tu kemas barang-barang dan bersiap untuk check out. Tepat pukul 2.00 ptg Ctie dan keluarga Check Out dari resort

Ini adalah bangunan baru yang sedang dalam pembinaan. Kata pihak pengurusan resort bangunan ini adalah unit tambahan bagi Teluk Penyabut Resort.

View dari atas kolam

Ok habis sudah ulasan Ctie mengenai TELUK PENYABUNG RESORT. Kesimpulannya mengenai resort ini dari sisi pandangan ctie amat lah memuaskan hati. Dari segi layanan kakitangan resost, servis yang ditawarkan, keadan bilik dan kemudahan yang ada di resort amat memuaskan. Resort ini juga sesuai untuk kita merehatkan badan setelah kepenatan bekerja. Selain itu, resort ini juga amat sesuai untuk kita mengadakan Hari Keluarga. 4 Star dari Ctie untuk Teluk Penyabung Resort. Kat bawah Ctie sertakan sekali maklumat resort. Manalah tahu kot-kot korang pun teringin nak ke sini.


TELUK PENYABUNG RESORT

Alamat :
Kampung Penyabong,
86900 Endau, Johor, Malaysia

Tel :
+607-794 2677 (Office)
+6016-555 1029 (Fahmi)

Email : 

Website : 


Jangan Lupa Follow👇

Instagram : @puanctierobiah
                  @ctie_bakerys
  FB Page : Ctie Bakery’s

Catatan seorang "A Cake Maker"


2 ulasan:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    BalasPadam
  2. terima kasih ye puan.ada rezeki boleh datang lagi ke teluk penyabung resort

    BalasPadam

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...