Khamis, 31 Januari 2019

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Sebenarnya Muzium ni dah lama buka pada orang awan cuma ramai yang tidak tahu akan kewujudan muzium ini. Masa Ctie dengan suami datang melawat tak ramai orang, yelah melawat pun masa orang bekerja jadi tak ramailah orang...hihihi.

Apabila bercakap tentang Bank Negara Malaysia, korang mesti ingat hanyalah duit yang banyak disimpan di Bank Negara dan Ringgit Malaysia kan??
Jom kita luaskan skop pengetahuan dan pandangan tentang Bank Negara Malaysia dengan melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Dengan melawati muzium ini, korang akan dapat mempelajari tentang beberapa perkara yang penting seperti perbankan Islam dan ilmu tentang kepentingan ekonomi. Kita boleh melihat koleksi-koleksi Bank Negara dari bumi Asia Tenggara yang terkumpul sejak tahun 1962. Dekorasi muzium ini juga unik dan menarik tau.
Ikon Tangga Nautilus 
Salah satu element yang menonjol di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ialah tangga Nautilus yang bermula dari lobi dan berhubung pada setiap aras. Struktur yang menakjubkan ini merupakan ikon utama inpirasi grafik. Ikon ini selalu digunakan dan disebar sebagai bahan komunikasi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Sebagai elimen grafik, simbol yang berputar menggambarkan keinginian untuk mendalami ilmu tanpa noktah. Rekaan pergerakan ibarat aliran air melambangkan lontaran rasa ingin tahu dan sentiasa tertanya-tanya. Senang kata, pusingan ini membangkitkan perasaan ingin tahu.
Ada 6 galeri yang setiap satunya mempamerkan dan memaparkan info tersendiri. Jom lihat antara yang menarik di setiap galeri.
1. Galeri Seni
Galeri seni mengandungi koleksi karya seni visual Bank Negara Malaysia hasil lukisan karyawan tempatan dan Asia Tenggara sejak seawal tahun 1962. Koleksi ini memaparkan sorotan peristiwa penting negara dan merupakan satu cara bank pusat menyokong bidang seni termasuklah hasil karyawan tersohor seperti Mohd Hoessein Enas dan Yong Mung Sen, sehinggalah karyawan-karyawan muda pada masa ini.

  • Galeri Utara & Selatan.
  • 10000 Kaki Persegi.
  • Tingkat 3
  •  River of Coins
  •  Permainan Barter
  •  Wang Kertas Dunia
  •  Tingkat  2
  •  Permainan Pelaburan
  •  Bilik Governor’s
  • Tingkat 1
  •  Ekspres Ekonomi Malaysia
  •  Potongan Suratkhabar Gergasi
  • Tingkat 1
  • Video Interaktif Glob
  •  Laluan Perdagangan Awal Islam
  • Tingkat 1
  • Terowong RM1 Juta.
  • Cipta Wang Kertas Sendiri
  • Aras bawah


2. Galeri Numismatik
Terokai sejarah awal mata wang dan kembali semula ke zaman ketika objek dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz diterima sebagai mata wang. Sertai permainan ‘Perniagaan Barter’, ketahui kisah yang mengagumkan di sebalik setiap syiling, artifak dan khazanah menerusi pameran interaktif. Korang juga boleh saksikan pameran mata wang dunia yang menarik.

3. Galeri Bank Negara Malaysia
Ketahui fungsi, peranan dan tanggungjawab utama Bank Negara Malaysia untuk memelihara kestabilan kewangan dan kemakmuran ekonomi negara. Pameran yang bermaklumat dan menarik ini menceritakan fungsi serta sejarah Bank Negara Malaysia.

4.Galeri Ekonomi
Ketahui bagaimana dasar ekonomi memberi impak terhadap negara dan terokai perkembangan Malaysia sejak kemerdekaan hingga ke hari ini. Selain itu, ketahui juga peranan Malaysia serta pencapaiannya dalam sistem kewangan dan ekonomi global.

5. Galeri Kewangan Dan Perbankan Islam
Terokai konsep perdagangan dan kewangan awal berasaskan Islam, yang bermula di Timur Tengah, dan kemudiannya tersebar ke Eropah dan kini tersebar luas hingga ke seluruh dunia. Konsep perkongsian, penubuhan syarikat, permodalan dan penggunaan cek dalam bentuk kertas adalah antara inovasi yang telah berkembang sejak beribu-ribu tahun dahulu.

6. Galeri Kanak-kanak
Dengan pengisian permainan interaktif berasaskan ‘Simpan’, ‘Belanja’ dan ‘Kongsi’, galeri ini merupakan medium pendidikan kewangan yang unik untuk kanak-kanak. Alamilah ‘Terowong Sejuta Ringgit’ yang mempamerkan wang kertas dalam pelbagai siri dan denominasi.

Waktu operasi Muzium dan Galeri Seni Bank bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Masuk adalah percuma tau. Tempat letak kereta juga banyak disediakan di LG4 dan LG5 (tempat letak kenderaan di tingkat bawah tanah) Sasana Kijang.  Bayaran letak kenderaan untuk sekali masuk ialah sebanyak RM5.00. Kalau nak parking dekat tepi-tepi jalan mengadap Muzium pun boleh. Suami Ctie parking aje kereta kat jalan depan Muzium tu. Free of Charge (FOC) lagi.
Lokasi: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Nak lebih maklumat mengenai Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia klik link ini http://museum.bnm.gov.my 

Rabu, 23 Januari 2019

Resepi Kuih Dorayaki (Kuih Doremon)

Assalammualaikum pembuka bicara. 
Bertemu kita lagi di ruangan RESEPI kali ini. Ok di sini Ctie nak bagi 1 lg resepi kuih. Iaitu Kuih Dorayaki...kuih kegemaran Doremon......semua mesti pernah menonton cerita doremon kan???? Jadi inilah resepi kuih yg amat doremon gemari. Ok jom lihat bahan-bahannya.

KUIH DORAYAKI

Bahan-bahannya :


3 Biji Telur
125 gm Gula Pasir
140 gm Tepung Gandum
1/2 Sudu Teh Baking Powder
1/2 Sudu Teh Esen Vanilla


Cara Membuatnya
  
1. Pukul telur bersama gula pasir menggunakan whisk dalam 5 minit. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau dengan spatula. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.

2. Biarkan aduna sebentar selama 10 minit.

3. Sediakan kuali dan panaskan dengan api yang sangat perlahan.

4. Tuangkan adunan menggunakan senduk kecil, biarkan sehingga naik gelembung dan agak kuning.

5. Bila bahagian bawah telah masak, alihkan adunan sebentar dan angkat dari kuali.


6. Sejukkan kuih dorayaki yang telah masak dan isikan dengan inti kacang merah atau jem kegemaran anda.

Senangkan???? Jadi selamat mencuba....inilah rupa Kuih dorayaki yang telah siap.




Sabtu, 19 Januari 2019

AEON Mall Nilai, Pasaraya AEON Jusco Terbesar Di Malaysia

Korang tahu tak AEON Mall di Nilai merupakan AEON Shopping Mall yang terbesar di Malaysia. Sizenya adalah sama besar dengan IOI Mall Puchong atau 2 kali ganda size AEON Seremban 2 atau 2 kali ganda besar Palm Mall Seremban. AEON Mall Nilai mula di buka secara besar-besaran pada 17 January 2019. 

Ctie datang ke sana selepas 3 hari dari tarikh pembukaan. Kalau nak cerita bab betapa ramai orang yang datang seumpama semut yang menghurungi sisa makanan😁. Bab nak parking 1 hal lagi, macam sardin😁. Biasalah diawal pembukaan mesti la ramai yang nak lihat apa yang ada dalam mall baru kan? Lebih-lebih lagi parking FREE mestilah semua nak. Barang free kot siapa yang tak nak😁. Tak terkecuali ctie & family. Actually adik lelaki dng isterinya yang ajak kesini. Katanya jom jalan AEON boring di rumah. Kebetulan Ctie memang ada kat rumah kakak di Nilai. Maka onzzzz la😁. 
AEON Shopping Mall, Nilai


Tepi escalator pun sempat lagi berposing😁😁. Parking kereta dekat B2 lepas setengah jam pusing2 cari parking😂

Untuk parking underground ada B1 & B2 selebihnya dekat luar bangunan ada parking. Ada 3 tingkat shopping mall di dalam. Ground Floor, First Floor dan Second Floor.

 GROUND FLOOR

Masuk aje disambut dengan decorations Chinese New Year, yelah tak lama lagi kan nak sambut Gong Xi Fa Coi jadi deco pun tentu la penuh naga. 1 Malaysia ma...semua raya pun boleh sama2 sambut😁. Aku kidnap sekejap anak buah utk ambk gambar.


Red Color its my favorite color...juga warna bertuah bagi kaum Chinese


Anak buah Ctie suka dok dlm tu. Untuk stroller atau wheelchair korang boleh ambak kat kuanter ye. Free tak perlu bayar..hanya isi maklumat aje. Kena isi manalah tahu kot ada yang TERBAWA balik plak nanti😆


Second Sis dangan my 'encem' boy anak buah.


Borong Sushi😁. Harga? Ok mampu milik & yang pasti sedap.


Yang ni "tapau" bawa balik😁 Actually dah lama tak makan sushi. Dulu masa kerja selalu juga makan. Sejak 2 tahun tak kerja ni..full time Home Baker memang jarang2 la makan. Lg pun en.suami tak suka sangat sushi, dia makan sikit aje😁


Kat Ground Floor banyak juga tempat2 makan. Macam2 jenis makanan ada. Ni yang mana sempat Ctie 'snap pic' ramai sangat orang. Masa ambil gambar pun orang pandang2  maybe dia org tak suka ctie ambk gambar. Arghh..lantak la bukan ambk gambar dia org pun😆. Apa yang ada lagi kat ground floor ni bnyak kedai2 ada Watsons, Guardian & lain2 dan kedai branded mcm levi's, Clerk's, skechers
Watsons

Levi's

Skechers


FIRST FLOOR


Daiso Japan


Super Save. Kedai favorite Ctie juga. Selalu masuk kedai ni dekat IOI Mall Puchong.


Kedai berhantu pun ada 👻👻👻 
kedai RM2.10 ECO Shop


Kedai2 gadjet pun bnyak dkt 1st Floor ni. Kat sini setiap lorong atau seksyen digelarkan sebagai PIT STOP mcm kat sign board tu.


Yg paling best siap ada ruangan Charging Stand. Kot2 la bateri korang habis boleh cas kat sini sementara tunggu isteri, mak atau Family korang tengah sakan bershopping😆


Pit Stop lama. Tengok tu 40 minut berjalan dah boleh bakar 160 kalori. Jd selalu lah berWINDOW shopping😆


Eh....suami kita lah..hahahaha...snap pic dia curi2. Tume ni tunggu anak buah pergi toilet.

Oh ye sebelum terlupa, ctie kalau pergi mall mesti akan masuk toilet dia😆 buruk perangai. Hahahaha...nak review pasal toilet dekat AEON Mall Nilai. Ok kat sini kalau masuk toilet dia tak akan jumpa bidet air tau (ala getah paip la) kat sini kalau lepas memBUANG tu jng plk korang gelabah cari paip...hihi..kat sini kalau nak beristinjak korang pulas aja pembuka air kat tepi mangkuk toilet tu..mcm gambar kat bawah ni. 


Jng buka kuat2 ye..kang kot basah seluar korang. Pulas slow2 nnt air keluar kat bahagian tengah bowl tu😆. Kalau bg org tua agak tak selesai dng cara mcm ni...aku pun tak selesa sebenarnya tapi nak buat mcm mana lagi..dh itu ie yg ada..tak kan nak main kesat mcm ......... Korang sambung la sendiri😆


Family kakak no.2 bersama ibu mertua. Patung bear yg anak buah aku pegang tu dapat free kalau korang daftar kad AEON.


SECOND FLOOR

Kat 2nd Floor ada Food Court dan ada juga la beberapa restaurant lain. Kalau tanya aku ada tempat makan mcm KFC, McDonald's, A&W ke?? Sepanjang berada kat sana tak ada plak nmpk kedai fast food tu. Kakak aku pun ckp tak ada. 

Kat tingkat ni ada kedai pets, Jusco, EON Cradit Branch dan yang paling ibu-ibu suka dengan adanya Bilik Nursering utk menyusukan anak2 korang. Aku tak masuk sebab perut dah lapar..turun bawah cari makan. Yg aku review ni gambar hasil perkongsian kakak aku, sbb dia masuk kat bilik Nursering utk menyusukan anak dia.
Kata kakak aku bilik Nursering terbahagi kepada 2 untuk anak lelaki & perempuan. Parents mak ayah boleh duduk dibilik Nursering tu..cuma bila si ibu nak menyusukan anak boleh masuk dekat bilik2 kecil yg di sediakan untuk menyusu....ada langsir utk melindungi dr pandangan mata org lain. Ala bilik2 kecil mcm bilik2 karaoke box tu. 

Bilik Nursering. Anak buah aku nak menyusu pun tak jadi tengok bilik warna warni


Ada pemanas air lagi. Senang untuk buat susu anak.

Actually, aku rasa banyak lagi benda menarik yang ada kat AEON Mall ni..cuma aku xhabis melawat lagi..sebab terlalu ramai sangat orang... sampai anak buah aku melalak sbb rimas...jangan kata budak..aku pun rimas. Tak pe kita tunggu lagi 2 bulan..baru tak ramai sangat org. Ni sebab baru buka tu yg ramai datang nak tengok. 

Kot korang nak tahu lanjut kenelah dtg tengok sendiri. Rasai pengalaman sendiri. Aku dng family datang window shopping aje...selebihnya kami cari benda makan..hihihi..nak juga merasa makanan yg ada dlm mall tu. Adik ipar kau dia dah jatuh cinta dengan bermacam2 jenis roti yg dijual. Fresh from oven la katakan...keluar oven terus jual..panas2 lagi.

Ok cukup lah setakat ni aku review. Nanti cerita panjang2 muak plak nak membaca😆. Nak tahu lanjut korang datanglah sendiri tengok. Oh ye panggung wayamg kat sini aku tak sure ade ke tak...sbb aku xjumpa plk signboard ke panggung wayang.


Jangan Lupa Follow👇
Instagram : @puanctierobiah @ctie_bakerys
FB Page : Ctie Bakery's

'Cake Maker Stories'

Rabu, 16 Januari 2019

Resepi Cannoli - Cake Boss Astro TLC Channel

CANNOLI...............
Kalau korang peminat rancangan Cake Boss yang ditayangkan di Astro TLC Channel pasti korang dah kenal siapa itu Buddy, Cake Boss. Ctie adalah peminat tegar bagi rancangan Cake Boss. Ctie sukakan hasil kerja tangan setiap kek-kek 3D yang dihasilkan oleh team Cake Boss. Ianya adalah sumber inspirasi Ctie untuk menghasilkan pelbagai design2 untuk kek ciptaan ctie sendiri. Tapi kali ini Ctie bukan nak cerita pasal kek2 3D ciptaan Cake Boss mahupun yang Ctie punya. Kali ini, ctie berkenankan satu dessert yang mana dessert ini adalah berasal dari Italy. Seperti sedia maklum Buddy Cake Boss adalah berasal dari Italy dan dessert ini telah terjual dengan banyak di kedai2 bakery milik Buddy. 
Dah lama Ctie ingin buat cuma tak berkesempatan untuk mengkaji resepi yang sebenar-benarnya (wah..wah..dah macam ahli fizik plak nak mengkaji.) Bukan apa, setiap resepi atau setiap masakkan yang ctie buat, ctie harus mengkaji keberkesanannya sebelum Ctie sendiri yang akan kongsikan pada korang semua. Prinsip Ctie, sebelum bagi orang lain cuba..lebih baik ctie yang cuba dulu sama ada resepi itu benar2 akan jadi atau tidak, buatnya resepi yang ctie kongsi tak jadi bila korang buat pasti korang rasa kecewa. Semua resepi yang ctie kongsi kat dalam blog ini, adalah resepi yang ctie sendiri dah cuba buat dan hasilnya amat memuaskan hati Ctie. Sebelum korang2 buat Cannoli ni, jom Ctie terangkan sikit apa sebenarnya jenis dessert ini? sebagai info dan ilmu untuk korang pelajari mengenai serba sedikit pelbagai jenis makanan dunia. 

CANNOLI
Inilah bentuk asal Cannoli

Cannoli (sebutan bahasa Italia: [kanˈnɔːli]bahasa Sisiliacannula) adalah hidangan pencuci mulut dari Sisilia, Italy. Nama asalnya adalah cannolo ([kanˈnɔːlo]; dalam bahasa Sisilia cannolu), yang bermaksud "tabung kecil", dengan etimologi berasal dari bahasa Arab "Qanawat". Cannoli berasal dari Piana degli AlbanesiSisilia dan merupakan suatu makanan asas dalam masakan Sisilia. Hidangan ini juga popular dalam masakan Italia-Amerika. Di Italia umumnya dikenal sebagai "cannoli siciliani" (Sicilian cannoli).Cannoli terdiri dari gulungan adunan pastri yang digoreng sebagai kulitnya, berisi krim manis yang biasanya mengandung keju ricotta. Ukurannya beragam mulai dari "cannulicchi", dengan ukuran tidak lebih besar dari sebuah jari, sampai yang sebesar kepalan tangan yang dapat ditemukan di Palermo, Sisilia (tepatnya di Piana degli Albanesi).
 Jika di Malaysia bekalan keju ricotta agak terhad jadi kita gunakan intinya gabungan campuran Cream Cheese dan Fresh Cream. Boleh juga gunakan buttercream., coklat dan sebagainya inti yang korang suka.
Tapi cara pembuatan ctie pada hari ini adalah sedikit berlainan, Ctie derhaka sedikit akan bentuk asalnya...hihi..jng marah...rasanya sama cuma bentuk sahaja yang berbeza. Disebabkan Ctie tiada acuan Roll yang sesuai untuk digoreng dalam minyak panas, yang ada cuma acuan roll yang jenis plastik. KAlau masuk dalam minyak panas habis la hancur lebur acuan roll Ctie nnt. :) Ctie gunakan acuan Horn (ala acuan bentuk tanduk unicon tu) yang ada dalam simpanan ctie. Jadi Cannoli hari ini Ctie berikan nama sebagai "CANNOLI HORN" Maaf Buddy, kerana terpaksa derhaka sikit...kikiki.
RESEPI CANNOLI - BUDDY CAKE BOSS
BAHAN-BAHAN KULIT CANNOLI
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 3 sudu besar Gula (Ctie letak 2 sudu sahaja)
  • 2 sudu besar Lemak Sayuran (Shortening)
  • 2 sudu besar Cuka Makan
  • 2 Biji Telur (1 biji  lagi digunakan untuk dijadikan gam)
  • 1/4 sudu kecil Serbuk Kayu Manis
  • 1/4 sudu kecil Garam Halus
  • Minyak Bunga Matahari / Minyak Masak / Lemak Sayuran (untuk mengoreng Cannoli) 

BAHAN HIASAN
  • Buttercream / Cream Cheese Aising & lain-lain krim yang korang suka.
  • Boleh juga gunakan coklat urai atau kekacang untuk hiasan akhir diatas krim
  • Snow Powder (untuk 'dusting' atas Cannoli)

CARA BUAT
1. Campurkan Tepung Gandum, Gula, Lemak Sayuran, Cuka Makan, Serbuk Kayu Manis, Garam & 1 Biji Telur T(elur hanya gunakan sebiji sahaja. Sebiji lagi pecah & pukul sedikit untuk dijadikan gam)
2. Uli campuran tadi sehingga tepung dah tak melekat ditangan. Uli seketika lebih kurang 5 minit. Kemudian balut adunan dng Cling Wrap & rehatkan adunan 30 minit ke 1 jam (letak luar sahaja)
3. Lepas direhatkan, taburkan tepung diatas meja kerja, gelekkan adunan sehingga mendapat ketebalan 2mm. 

4. Kemudian potong adunan 1 inci memanjang.


5.Kemudian lilit adunan pada acuan 'Horn' sehingga dapat bentuk seperti gambar dibawah. Diakhir lilitan sapukan dengan telur yang dipukul tadi untuk gam adunan supaya tidak terbuka masa proses mengoreng nanti.



6. Panaskan minyak dan goreng kulit Cannoli sehingga warna keperangan. Pastikan goreng dalam minyak yang banyak. Kulit Cannoli harus tenggelam sepenuhnya dalam minyak.



7. Dah masak angkat dan sejukkan seketika. Agak2 dah boleh pegang acuan 'horn' tu dng tangan. Cara keluarkan kulit Cannoli dari acuan 'horn' dengan memusingkan secara lembut atas kulit cannoli. Jangan tarik kulit Cannoli, kalau tarik nanti pecah. 


Kulit Cannoli selepas dikeluarkan dari acuan 'horn'

8. Sejukkan sepenuhnya kulit Cannoli. Dah sejuk boleh lah isikan dengan krim. Kemudian taburkan 'Snow Powder' untuk sentuhan hiasan terakhir. 




Dah siap😁 bolehlah dihidang. Maaf ye ctie buat bentuk 'horn' bentuk asal Cannoli mcm gambar atas tadi. Cara buat bentuk asal Cannoli korang boleh rujuk video kat bawah⤵️





Kek Batik Nestum Mudah

Assalammualaikum......

Agak lama tak menulis, seperti biasa kekangan masa yang membuatkan Ctie tak menulis, sampai berhabuk blog Ctie. Rasanya belum terlewat lagi untuk Ctie ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2019 buat semua pembaca blog. Apa azam korang tahun 2019 ni? Hmm...azam Ctie pula adalah sama mcm tahun-tahun sebelum ini "Ingin jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Ingin bahagia disamping insan-insan yg Ctie sayang" Ok kita tinggalkan cerita tahun 2019 seketika. 

Hari ini Ctie nak bercerita mengenai sebuah resepi yang Ctie rasa tak asing lagi buat pengemar Kek Batik. Perasaan terdetik nak buat kek batik membuak-buak bila mana ctie melanggan buku "Himpunan 30 Resepi Kek Batik" yang ditulis oleh Natasha Effyzal. Ctie pernah buat kek batik yang mengunakan Milo sebagai bahan utama dan rata-rata ramai juga yang telah membuat kek batik yang guna milo. Selain itu kek batik adalah kek yang paling mudah nak buat, cara membuatnya pun tak memakan masa yang lama.

Cara buat kek batik mempunyai berbagai versi dan resepi mengikut selera masing-masing, biasanya biskut marie, coklat atau milo dijadikan bahan utama. Ada juga menggunakan Nestum, biskut Oreo, biskut-biskut lain dan bermacam lagi mengikut kreativiti mereka sendiri. tapi hari ini ctie nak ajar buat kek batik menggunakan coklat dan nestum yang mana resepi ini dinamakan KEK BATIK NESTUM
Pasti ada yang bertanya cara nak buat macamana supaya jadi lembut, rangup dan gebu? Kenapa korang buat jadi keras dan mengapa jadi cair, tak menjadi walaupun simple
Sebenarnya cara membuatnya sangat mudah kalau ikut 100% resepi kek batik yang ctie akan kongsikan ini. Dapatkan bahan-bahan yang disenaraikan dan ikut langkah demi langkah, pasti menjadi dan tentu sedap sehingga menjilat jari.
Jangan risau dan jangan takut sebab kat sini ctie akan ajar korang cara penyediaan "Kek Batik Nestum" Step by Step, siap dengan video cara penyediaannya sekali. Ok jom tengok apa bahan-bahan yang perlu ada untuk membuatnya.
KEK BATIK NESTUM
Oleh : Puan Siti Robiah (Owner of Ctie Bakery’s
Resepi Asal : Natasha Effyzal (Buku “Himpunan 30 Resepi Kek Batik”)

BAHAN-BAHAN :
1 Cawan Nestum
3 Sudu Besar Mentega / Butter @ Minyak Bunga Matahari
(Ctie kehabisan mentega, jadi Ctie gunakan Minyak Bunga Matahari)
300 Gram Coklat Masakan / Coklat Kompaun
½ Cawan Serbuk Koko
3 Sudu Besar Gula Halus (Gula biasa pun boleh)
½ Tin Susu Pekat
400 Gram Biskut Marie

Video Penyediaan Bahan Kek Batik Nestum

Cara Membuatnya :
1. Panaskan periuk kemudian cairkan mentega/minyak bunga matahari
2. Masukkan coklat masakan dan gaul perlahan sehingga coklat cair.
3. Kemudian masukkan serbuk koko, gula halus dan susu pekat. Gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati & mendidih.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan biskut marie. Gaul sehingga semua biskut disaluti coklat sepenuhnya. Tutup api.
5. Masukkan nestum sedikit-sedikit. Kaup balikkan adunan bagi memastikan nestum tidak berkumpul dan berketul.
6. Bila semua bahan dah sebati, tuang adunan ke dalam Loyang yang telah dialas (sepaya senang nak mengeluarkan kek batik nanti) Tekankan sedikit adunan dan sejukkan pada suhu bilik. Ada yang suka masuk dalam peti ais, bagi ctie suka kek pada suhu bilik, sebab kalau masuk dalam peti ais kek akan keras bila nak makannya nanti.
7. Kek dah sejuk, keluarkan dan bolehlah di potong. Hidangkan.

Nota : Ada yang suka hiaskan dengan coklat ganache diatasnya. Terpulang pada citarasa anda. 

Di sini Ctie sediakan VIDEO cara penyediaan Kek Batik Nestum


Senangkan nak buatnya?? dengan tak sampai 1 jam pun cara penyediaannya. Kek dah siap, apa lagi..bolehlah dihidangkan dengan secawan 'Teh O' panas. SELAMAT MENCUBA
Untuk Mendapatkan Aneka Resepi Masakkan & Kek
Jangan Lupa Follow👇
Instagram : @puanctierobiah
                 @ctie_bakerys
  FB Page : Ctie Bakery’s

Sabtu, 12 Januari 2019

Fungsi Bahan-Bahan Asas penghasilan Kek, Roti, Kuih dan Sebagainya

Mungkin ada yang dah tahu akan fungsi bahan asas yang sering digunakan dalam penghasilan kek, roti, kuih dan sebagainya. Tapi ada juga yang tahu. Sering kali adik beradik ctie bertanyakan "kalau nk buat kek tapi tak ada tepung naik sendiri, nak guna tepung gandum boleh ke?" Jawapan ctie pada mereka "tentulah boleh😁" tapi perlulah dicampurkan dengan beberapa bahan lain. 
Jadi dekat sini ctie akan senaraikan beberapa jenis bahan asas serta fungsi bahan-bahan ini. Lepas ni dah xda lah korang teragak-agak nak guna bahan yang sedia ada dekat rumah korang untuk hasilkan makanan yang sedap-sedap. Dengan sedikit info yang ctie kongsikan, bolehlah dijadikan rujukkan buat korang semua supaya lebih lagi mengenali bahan-bahan ini.

JENIS & FUNGSI BAHAN-BAHAN ASAS PEMBUATAN KEK, ROTI, KUIH & SEBAGAINYA

Tepung

Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek & etc. Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). 
Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk. Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.




Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek & etc...



 
 Superfine flour / cake flour

- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.
-Cara membuat sendiri tepung kek :-
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
 Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek 




High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.




Self-raising flour/Tepung Naik Sendiri
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.
- cara membuat sendiri tepung naik sendiri :-
  500gm tepung gandum
  7 sudu teh baking powder
 1/2 sudu teh garam
 Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali....dan dah siap tepung naik sendiri ...simpan dalam bekas bertutup dan boleh diguna pada bila-bila masa.




Tepung Pau / Tepung Hong kong
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.




Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.




Tepung Jagung
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.




Tepung Kastard
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.




Tepung Beras
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.




Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.


Telur

Gred A, double AA  eggs VS  gred C, B eggs




Secara amnya, telur adalah salah satu bahan terpenting bila kita hendak membuat kuih, roti, pastri & kek khasnya. Fungsi telur adalah untuk menyebatikan semua bahan2 dalam adunan & melembabkan teksturnya. Sebagai contoh, dalam pembuatan kek coklat, biasanya telur gred A atau double AA yang akan digunakan kerana saiznya yang lebih besar & supaya kek lebih lembap berbanding menggunakan gred telur yang lain. 

Jumlah isipadu kandungan telur juga lebih banyak & menepati kuantiti yang diperlukan dalam resepi kerana jumlah udara dalam telur gred A & double AA kurang berbanding menggunakan telur gred C & B. Jika hendak di terangkan lebih ringkas lagi, sebenarnya telur gred A & double AA mempunyai kuning telur yang lebih besar & kandungan putih telur yang lebih banyak, sesuai untuk membuat meringue, sponge cake & etc....

Tahukan anda telur yang telah lama atau matang (asalkan tidak melebihi tarikh luput) lebih sesuai digunakan untuk membuat kek kerana proteinnya lebih relax. Lebih mudah untuk putih telurnya kembang & bertanduk bila dipukul.










Baking Powder  VS  Baking Soda



Baking powder
- Merupakan agen penaik yang mengandungi soda bikarbonat dan bahan berasid cream of tartar dalam kandungannya. Bertindak membebaskan gas karbon dioksida dalam adunan untuk menaikkan & mengembangkan adunan semasa dibakar. Biasa di gunakan untuk membuat pancake, kek & muffin.




Baking soda (soda bicarbonate)
- Merupakan agen penaik tulen soda bikarbonat. Juga bertindak membebaskan gas karbon dioksida semasa proses pembakaran. Bezanya dengan baking powder ialah, soda bertindak merata & menyebarkan adunan, sementara baking powder bertindak menaikkan. Ada sesetengah resepi yang memerlukan penggunaan kedua2 agen penaik ini untuk mendapatkan tekstur kek yang tinggi & rata.


Unsalted Butter VS Salted Butter



Unsalted butter
- Merupakan mentega tanpa garam. Kelebihan menggunakan mentega tanpa garam ialah ianya lebih tahan lama & mudah untuk mengawal kuantiti garam yang digunakan dalam resepi. 




Salted butter
- Merupakan mentega bergaram. Jangka hayatnya lebih pendek jika dibandingkan dengan mentega tanpa garam. Namun harganya lebih murah & di gunakan meluas. Sukar untuk menentukan perbezaan dari segi rasa dengan mentega tanpa garam apabila hasilnya siap.


Caster sugar  VS  Icing Sugar



Caster sugar
- Gula kastor mempunyai tekstur yang lebih halus daripada gula pasir & lebih kasar sedikit daripada gula aising. Gula kastor biasa di gunakan dalam membuat pastri, kek & kuih muih kerana teksturnya yang mudah sebati dengan bahan2 yang lain. Jika menggunakan gula kastor untuk membuat pastri seperti tart, hasilnya tart akan menjadi lebih ranggup berbanding menggunakan gula aising.




Icing sugar
- Merupakan gula yang dikisar halus menjadi serbuk. Sesuai untuk di gunakan membuat meringue, krim & untuk di tabur atas kek, donut & macam2 lagi. 


Powdered  VS  Liquid Food Colouring



Powdered food colouring
- Merupakan pewarna makanan dalam bentuk serbuk. Warna yang di hasilkan agak terang. Perlu memastikan warna digaul rata dalam adunan untuk mengelakkan ada warna yang tidak tergaul bersama. Biasanya di gunakan untuk mewarnakan krim.




Liquid food colouring
- Merupakan pewarna makanan berbentuk cecair. Mudah untuk digunakan & digaul bersama adunan. Menghasilkan warna yang terang & cantik. Biasa digunakan dalam adunan kek serta kuih muih.


Butter  VS  Margerin



Butter
- Dikenali sebagai mentega & merupakan bahan tenusu. Diperbuat daripada susu lembu yang di tapai. Rasanya lemak & berkrim. Biasa di gunakan dalam pembuatan kek, roti, kuih & masakan, juga sebagai sapuan. Namun, mentega mudah cair & tidak tahan panas. Mesti di simpan dalam peti sejuk agar kesegarannya terpelihara.




Margarine
- Dikenali sebagai marjerin & kandungannya merupakan lemak sayuran & air yang di emulsi. Tahan lama & boleh di simpan pada suhu bilik. Boleh digunakan sebagai penganti mentega namun hasilnya ada perbezaan dari segi rasa.


Sour Cream  VS  Yogurt



Sour cream
- Di kenali sebagai krim masam. Merupakan sumber tenusu yang mengandungi susu & krim, dibuat melalui proses penapaian menggunakan lactic acid bacteria. Mesti di simpan dalam suhu yang sejuk. Rasanya masam & pekat. Biasa digunakan untuk salad dressing, baked potato topping, scone, donut & cheesecake.




Yogurt
- Sama seperti sour cream, yogurt juga dihasilkan melalui proses penapaian & penambahan bakteria dalam kandungannya. Rasanya juga masam tetapi agak ringan sedikit berbanding sour cream. Fungsi yogurt dalam pembuatan kek adalah untuk menambahkan rasa krim & juga melembutkan. Juga bertindak sebagai bahan pengganti untuk sour cream, shortening & minyak. Kaya dengan ptotein & kalsium.


Whipping Cream  VS  Fresh Cream 



Whipping cream
- Merupakan produk tenusu (UHT) yang tidak mengandungi gula & berasa tawar. Teksturnya tidak stabil bila dipukul. Mesti di simpan dalam peti sejuk namun tidak boleh di bekukan. Tahan 1 minggu selepas dibuka. Biasa digunakan untuk membuat cheesecake, mousse & tiramnisu.




Fresh cream (whip topping cream)
- Fresh cream lebih pekat & rasanya manis berbanding whipping cream. Bila dipukul teksturnya lebih stabil & mudah kembang. Simpan di dalam freezer (dibekukan). Tahan lebih lama selepas dibuka. Biasa di gunakan sebagai topping cake, filling & ganache.


Full Cream Milk VS  Low Fat Milk



Full cream milk
- Susu penuh krim mempunyai segala khasiat & lemak yang diperlukan. Juga sesuai & dicadangkan penggunaannya dalam membuat kek untuk rasa yang lebih berkrim & tekstur. 




Low fat milk
- Merupakan susu rendah lemak yang telah dibuang kebanyakan khasiat & lemaknya. Kurang sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kek & kuih muih kerana hasilnya yang kurang berkrim jika dibandingkan dengan susu penuh krim.


Chocolate Chip  VS  Chocolate Bar



Chocolate chip
- Merupakan kepingan kecil coklat yang dijual dalam bermacam2 saiz, warna & perisa. Biasa digunakan dalam adunan biskut cip coklat, muffin, cupcake, cake & macam2 lagi. Juga mudah dicairkan untuk membuat topping & ganache kerana saiznya yang lebih kecil.



Chocolate bar
- Seperti coklat cip, juga diperbuat daripada komponen koko asli, lemak koko, susu & gula.  Selalunya didapati sebagai dark chocolate, milk chocolate & white chocolate. Saiznya lebih besar & berat. Untuk membuat ganache atau topping, perlu di potong kecil2 terlebih dahulu supaya lebih mudah cair.

Sekarang korang dah tahukan fungsi setiap bahan-bahan ni? Lepas ni boleh lah korang memBAKING tanpa rasa ragu-ragu lagi😁😁. Apa-apa pun Happy Membaking.

Jangan Lupa Follow👇
Instagram : @puanctierobiah @ctie_bakerys
FB Page : Ctie Bakery's

'Cake Maker Stories'

Lawatan ke Muzium Matawang Bank Negara

Selasa, 29 Januari 2019 Ctie dengan suami berkesempatan melawat Muzium Bank Negara Malaysia yang berada di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Seb...